Ahli Parlimen Jeli Nafi Diugut, Disogok Supaya Sokong PM

Ahli Parlimen Jeli Nafi Diugut, Disogok Supaya Sokong PM

Ahli Parlimen Jeli Nafi Diugut, Disogok Supaya Sokong PM

JELI, 16 Nov (Bernama) –– Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik menafikan tuduhan beliau diugut dan disogok oleh pihak tertentu sehingga membuatkan beliau menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak ada campur tangan ‘broker politik’ atau campur tangan seperti didakwa. Saya minta mana-mana pihak berkaitan supaya menghentikan sebarang kenyataan yang berunsur fitnah.

“Jika ada pihak berterusan membuat fitnah, saya tidak keberatan mengambil tindakan undang-undang,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli, di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Zahari dari Bersatu menang kerusi Parlimen Jeli mewakili Perikatan Nasional (PN).

Zahari juga mengulangi tindakan beliau menyokong Perdana Menteri demi kepentingan rakyat dan pengundi di kawasan Parlimen Jeli.

“Setakat ini saya masih belum menerima sebarang surat daripada Lembaga Disiplin parti susulan tindakan itu. Saya reda dan terima apa sahaja hukuman yang bakal dikenakan selepas ini,” katanya.

Pada 8 Nov lepas, Zahari membuat kejutan apabila menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, sehari selepas Ahli Parlimen Gua Musang daripada PN Mohd Azizi Abu Naim membuat keputusan yang sama.

BACA: Rupanya Tak Sama, Ini Cara Nak Tanam Untuk Dapatkan Sama Ada Daun Bawang Atau Bawang Sahaja

Sumber: Bernama

The post Ahli Parlimen Jeli Nafi Diugut, Disogok Supaya Sokong PM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*