Tular Lelaki Miliki Suara ‘Sebiji’ Macam PMX Tengah Berkempen Raih Perhatian

suara sebiji macam PMX

Tular Lelaki Miliki Suara ‘Sebiji’ Macam PMX Tengah Berkempen Raih Perhatian

Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang terlibat semakin terasa selepas jentera parti mula melakukan kempen pecutan akhir sebelum tarikh undi yang akan dijalankan pada esok hari.

Pelbagai kaedah dan cara digunakan oleh wakil jentera parti dalam berkempen bagi memenangi hati pengundi.

Yang terbaru, jentera parti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional meraih perhatian selepas salah seorang jentera kempen meniru suara Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi video yang tular di Twitter, dapat dilihat beberapa orang pemuda sedang menaiki kenderaan pacuan empat roda yang rancak berkempen.

Apa yang menarik perhatian adalah cara pemuda tersebut yang meniru gaya ucapan Perdana Menteri ke-10 yang sedang berucap.

Kredit Twitter

“Kita kena ada pemimpin yang ada akhlak. Kita nak pemimpin yang boleh terima pemimpin yang tidak berhutang. Ini kalau hutang pun tak boleh bayar, nak jadi calon apa. Malu kita sedara,” kata pemuda tersebut sedikit sebanyak berdasarkan rakaman video tersebut.

Kredit Twitter

Video menjadi tular dan mendapat komen yang pelbagai

Selain itu, ruangan komen video itu turut dihujani dengan balasan komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Rata-rata netizen terhibur dengan gaya yang cuba ditiru oleh pemuda tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Lip syncing terbaikk,” tulis seorang netizen yang mengatakan pemuda itu seperti meniru gerak bibir sahaja.

“Menjadi-jadi ek time-time berkempen ni. Hahaha,” tulis seorang netizen yang terhibur dengan aksi pemuda tersebut.

“Voice over untuk iklan Madani dah ada,” tulis seorang netizen yang bergurau dengan gaya yang sama tersebut.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Menerusi hantaran balasan komen itu lagi, pemuda tersebut didakwa merupakan anak kepada bekas ahli Parlimen Baling iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

“Ni anak pemimpin BN. Anak Azeez Rahim. Jauh betul muka dengan bapa dia,” tulis seorang netizen yang mengenali pemuda tersebut.

“Anak Azeez Rahim ni, bekas Ahli Parlimen Baling,” tulis seorang lagi netizen yang memberitahu identiti pemuda tersebut.

Sumber: Twitter/@bckupac99

The post Tular Lelaki Miliki Suara ‘Sebiji’ Macam PMX Tengah Berkempen Raih Perhatian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*