Ahmad Zahid Optimis Kedah, Terengganu Boleh Dimenangi BN-PH

Zahid Optimis Kedah Terengganu BN PH

Ahmad Zahid Optimis Kedah, Terengganu Boleh Dimenangi BN-PH

KOTA BHARU, 29 Julai (Bernama) — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis pentadbiran negeri di Terengganu dan Kedah akan dapat dikuasai gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau berkata ia kerana Terengganu dan Kedah yang boleh dianggap sebagai ‘swing state’ pernah bertukar pemerintahan beberapa kali antara BN dan PAS.

“Terengganu adalah negeri yang pernah diperintah begitu lama oleh BN, selepas itu PAS. Insya-Allah akan kembali kepada BN, begitu juga Kedah adalah swing state… ada perubahan kerajaan antara BN dan PAS,” katanya.

Selain itu Ahmad Zahid berkata BN-PH juga yakin dapat mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti-parti Komponen Kerajaan Perpaduan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen Kota Bharu di Pejabat UMNO Kelantan, di sini hari ini.

BACA: Tak Payah ‘Beli’, Chef Kongsi Resepi Macam Mana Nak Buat Sendiri “Donut Peach Viral” Gebu

Sumber: Bernama

The post Ahmad Zahid Optimis Kedah, Terengganu Boleh Dimenangi BN-PH appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*