Bagaimana Tong LPG Boleh Meletup? Ini Jawapan Pakar

bagaimana tong lpg meletup

Bagaimana Tong LPG Boleh Meletup? Ini Jawapan Pakar

Seperti yang diketahui, tong gas LGP diigunakan untuk pelbagai kegunaan khususnya dalam bidang masakan. Hari ini, hampir di semua premis dan gerai makanan mengunakan tong tersebut.

Sebut sahaja bahan bakar, sudah tentu ia mudah terbakar. Lebih-lebih lagi terdapat kes letupan tong gas berkenaan dalam sebuah kereta baru-baru ini. Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana ia betindak balas sehingga boleh membahayakan nyawa.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Jurutera Simulasi Pakar Aliran Bendalir dan Pemindahan Haba, Dr @AidFawzal di bawah. Semoga bermanfaat.

Bagaimana tong LPG meletup?

Saya ditanya, “Betulkah tong LPG mudah meletup?”

Jom kita fahami hal letupan serta kemungkinan-kemungkinan untuk letupan daripada tong LPG… Soalan ni ditanya susulan kejadian letupan sebuah kereta yang membawa tong LPG. Boleh baca beritanya dibawah:

Secara asasnya, letupan adalah cabang daripada api.

Api boleh wujud dengan gabungan 3 unsur iaitu oksigen, bahan api, sumber pencucuhan (ignition source).

Manakala untuk letupan terjadi, 2 lagi unsur ditambah; ruang-terkurung (confinement) & penyebarakan.

Sebab Punca Tong gas meletup
Gambar: Hansentek

Gambar rajah pentagon letupan di atas adalah asas untuk mempermudahkan permahaman letupan.

Ia sebenarnya lebih tepat untuk penggunaan letupan habuk (dust explosion) iaitu letupan hasil daripada penyebaran zarah pepejal halus seperti habuk kayu, tepung, arang dan lain-lain.

BACA JUGA: Kenapa Kereta Sedan Tiada “Wiper” Belakang Macam Hatchback?

Unsur-Unsur Letupan

Nah jom sekarang kita lihat satu persatu unsur-unsur ini berkaitan dengan kejadian letupan tersebut.

Oksigen – Ngam!

Letupan berlaku dalam bumi yang dikelilingi oleh udara. Semestinya oksigen ada dimana-mana.

Sebab Punca Tong gas meletup
Gambar: Hansentek

Bahan api

LPG bermaksud “Liquefied Petroleum Gas” = Gas petroleum dicecairkan.

Ya, gas mudah terbakar ni disimpan dalam bentuk cecair. Gas apabila ditekan (diberi tekanan) sehingga satu tahap, ia akan berubah fasa menjadi cecair.

Sebab Punca Tong gas meletup
Gambar: Kensysgas

Kandungan LPG ni adalah campuran propana & butana dengan peratusan berbeza-beza mengikut negara. Menurut laman GlobeGas Engineering S/B, LPG di Malaysia mempunyai 30-40% propana & 60-70% butana.

Dengan informasi tu, kita boleh anggarkan perubahan tekanan terhadap suhu pada gas LPG Malaysia adalah seperti garisan biru cair dibawah (30% Propana, 70% Butana).

Gambar: The Engineering ToolBox

Berdasarkan graf diatas, tekanan wap mencapai 6bar; 6 kali ganda daripada tekanan atmosfera ketika suhu berada pada 40degC.

Tong gas yang disimpan dalam kereta dan dibiarkan di luar mempunyai risiko untuk tekanan ni meningkat disebabkan suhu yang semakin panas.

Di ‘kepala’ tong LPG tu, ada injap pelepas tekanan (press relief valve) yang direka untuk terbuka bila mencapai suatu tahap tekanan. Ini bagi mengelakkan tekanan berlebihan & kemungkinan menyebabkan kegagalan pada badan tong.

140degF = 60degC
312PSI = 21.5bar

Gambar: MathSciNote

Walaupun nilai injap pelepas tekanan tu jauh daripada tekanan wap yang kita tunjukkan, mana-mana tong yang diselanggarakan secara tidak hemah mempunyai risiko kebocoran awal.

Ini satu kemungkinan berkebarangkalian tinggi bila tong LPG menjadi penyebab letupan.

Bahan Api – Ngam!

Sebab Punca Tong gas meletup
Gambar: Hansentek

Penyerebakan (Dispersion)

Katakan lah benar yang gas boleh bocor melalui injap tersebut, pastinya ia terserebak.

Dispersion = dust cloud.

Ruang-terkurung (Confinement)

Dalam kejadian tersebut, tong LPG disimpan di dalam kereta yang memungkinkan gas terkurung.

Gambar: Hansentek

Unsur terakhir adalah (5) sumber pencucuhan/nyalaan (ignition source).

Pada kereta tersebut ada panas ekzos, ada pendawaian elektrik, perkakas elektronik, elektrostatik, dan lain-lain.

Ada baiknya untuk yang ini, kita beri pakar yang turun di lapangan lah yang mencari sumbernya ya.

Nah, harapnya dengan penerangan ni, rakan-rakan pembaca dah boleh fahami bagaimana letupan berlaku. Cuba kaitkan dengan letupan mercun, letupan meriam buluh atau letupan pembakaran enjin untuk hadam & hayati ilmunya.

BACA JUGA: Selamba Lepak Dalam Rumah, Gelagat Anak Lembu Dikacau Memerang Cuit Hati Ramai

Sumber: Twitter @AidFawzal

The post Bagaimana Tong LPG Boleh Meletup? Ini Jawapan Pakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*