Aidilfitri: LLM Jangka 2.3 Juta Kenderaan Sehari Di Tiga Lebuh Raya Utama

Aidilfitri: LLM Jangka 2.3 Juta Kenderaan Sehari Di Tiga Lebuh Raya Utama

Aidilfitri: LLM Jangka 2.3 Juta Kenderaan Sehari Di Tiga Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) — Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah peningkatan trafik hingga 2.3 juta kenderaan sehari di tiga lebuh raya utama, yang dijangka berlaku berperingkat bermula hari ini hingga 7 Mei sempena perayaan Aidilfitri.

LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan jangkaan jumlah peningkatan trafik itu adalah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1.

Menurut kenyataan itu bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuh raya, LLM mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya mengambil beberapa langkah bagi meminimumkan kesan peningkatan trafik tersebut.

Antaranya, mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya bermula semalam hingga 7 Mei ini.

Selain itu, mengeluarkan cadangan waktu perjalanan (TTA) bagi pengguna lebuh raya utama berkenaan untuk membantu mereka merancang perjalanan, serta memaparkan maklumat trafik dan peringatan menambah nilai Touch n’ Go atau e-Wallet sebelum memulakan perjalanan di papan tanda elektronik (VMS).

Kenyataan itu memaklumkan syarikat konsesi lebuh raya juga diminta menempatkan petugas di plaza tol bagi membantu pengguna dalam memastikan kelancaran trafik semasa inisiatif tol percuma berkuat kuasa, di samping memastikan sistem dan operasi di plaza tol berjalan lancar selain penambahan lorong tol di kawasan dikenal pasti mempunyai trafik tinggi.

“Penggunaan bahu jalan sebagai lorong tambahan di lokasi yang dikenal pasti di PLUS supaya aliran trafik lebih lancar terutamanya di kawasan hot spot kesesakan dan kawasan mendaki dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM),” menurut kenyataan itu.

LLM juga memaklumkan akan memastikan syarikat konsesi menyediakan anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) secukupnya bagi menangani sebarang insiden, selain menyediakan kemudahan tambahan di tempat letak kereta dan tandas mudah alih di beberapa kawasan rehat dan rawat sepanjang PLUS serta Lebuhraya Pantai Timur 2.

LLM berkata bagi mengoptimumkan inisiatif tol percuma yang bermula hari ini hingga 21 April serta 24 April, kad Touch n’ Go atau SmartTAG perlu disentuh di plaza tol manakala pengguna Radio Frequency Identification (RFID) perlu masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID.

Kenyataan itu memaklumkan Pusat Pengurusan Trafik LLM akan beroperasi 24 jam bermula 19 hingga 26 April bagi menyalurkan maklumat terkini kepada pengguna lebuh raya.

BACA: Tak Jadi Bercerai, Syamsul Tak Lafazkan Cerai Ke Atas Puteri Sarah

Sumber: Bernama

The post Aidilfitri: LLM Jangka 2.3 Juta Kenderaan Sehari Di Tiga Lebuh Raya Utama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*