Air Panas Jangan Letak Dalam Peti Ais, Abang Ni Tunjuk Dua Kerosakan Boleh Berlaku

letak barang panas peti sejuk

Air Panas Jangan Letak Dalam Peti Ais, Abang Ni Tunjuk Dua Kerosakan Boleh Berlaku

Ketika masih kecil, anda mungkin pernah ditegah oleh ibu bapa daripada meletakkan objek yang terlalu panas di dalam peti sejuk, kan?

Mengikut pesanan orang tua-tua, apa-apa makanan ataupun minuman yang masih panas perlu dibiarkan sejuk terlebih dahulu di luar. Kemudian, apabila kepanasan dirasakan sudah turun ke tahap yang sesuai, barulah makanan atau minuman tersebut diletakkan di dalam peti ais.

Mulanya, kita pun hairan. Kenapa tak boleh pula? Bukankah peti ais fungsinya untuk menyejukkan makanan dan minuman? Kenapa kena tunggu sejuk dahulu baru boleh disimpan di dalam peti ais? Kalau begitu, apa gunanya peti ais dibeli, kan?

Sebenarnya, larangan ini ada benarnya dan seorang pemilik bengkel membaiki barangan elektrik tampil berkongsi jawapan ringkas dan padat bagi menyokong pantang larang tersebut.

Menurut Hairul Vcool (@hairulvcool) di TikToknya, video itu dihasilkan bagi menjawab persoalan daripada pengikutnya.

“Bang, air panas atau barang panas, boleh tak masuk terus dalam peti sejuk,” kata Hairul.

BACA: Hidangan Yat Yat Kembali Popular, Di Mana Nak Cari & Boleh Makan Ke? Ini Jawapannya

Sebenarnya, kita boleh tak letak barang panas di dalam peti sejuk?

Pada awal video yang berdurasi dua minit 55 saat, Hairul sempat bergurau bahawa kita sememangnya boleh ‘meletakkan’ air panas di dalam peti sejuk.

Namun, lelaki tersebut menegaskan bahawa tindakan tersebut mampu memberikan kesan negatif terhadap peti sejuk rumah anda.

Jelasnya, perkara ini bukanlah satu mitos ataupun cerita rekaan ibu bapa untuk menakutkan kanak-kanak. Terdapat penjelasan teknikal kenapa perbuatan tersebut boleh merosakan perkakasan elektrik tersebut. Lebih tepat lagi menurut Hairul, ada dua komponen yang berisiko untuk rosak atau paling tidak, terjejas fungsinya.

Katanya, pertama perbuatan meletakan air atau makanan panas terus di dalam peti ais boleh menyebabkan fius termal rosak.

Komponen ini berperanan untuk melindungi perkakasan elektrik di rumah. Ia biasanya dipasang pada peralatan elektrik yang terlibat dengan aktiviti perubahan suhu seperti peti sejuk, pemanas air dan sebagainya.

Jika perkakas elektrik menghasilkan haba ataupun suhu melebihi suhu tidak normal, fius termal secara automatik memutuskan bekalan kuasa bagi mengelakkan kebarangkalian alat elektrik tersebut terbakar.

Kalau bahan panas dimasukkan secara tiba-tiba, frost di dalam peti sejuk akan mencair dan mengubah suhu dalaman secara drastik.

Jika dilakukan secara kerap, terdapat kemungkinan bahawa fius termal yang berada di belakang ruangan penyimpanan akan terputus.

Menurut Hairul, fius termal itu mampu bertahan pada tahap suhu tertentu. Misalnya, dalam video berkenaan fius termal yang digunakan sebagai contoh boleh bertahan sehingga suhu 73 darjah celcius.

Manakala komponen kedua yang boleh terjejas atau rosak adalah kompreser peti ais. Apabila makanan atau minuman panas diletakan terus di dalam peti ais, kompreser terpaksa berkerja lebih kuat. Ia bertujuan untuk merendahkan suhu bahan panas yang disimpan di dalam peti sejuk kepada suhu yang disetkan.

Jika perbuatan ini dilakukan secara berterusan, kompreser berkemungkinan boleh rosak dan menjejaskan makanan yang disimpan.

@hairulvcool

Air panas jangan letak dalam peti sejuk! #membaikpulihmesinbasuhdanpetisejuk #diyje #hairulvcool #fyp #vfarm #kelasvip

♬ original sound – Hairul Vcool – Hairul Vcool

Semoga bermanfaat.

BACA: Ini Maksud “Coordinated Inauthentic Behavior” & Kesannya Kepada Masyarakat

Sumber: hairulvcool via TikTok

The post Air Panas Jangan Letak Dalam Peti Ais, Abang Ni Tunjuk Dua Kerosakan Boleh Berlaku appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*