Jangan ada pengkhianatan dalam UMNO

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau tidak mahu sebarang pengkhianatan yang berlaku dalam parti itu.

Perkara itu disampaikan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani selepas menghadiri Taklimat Presiden UMNO di Dewan Merdeka petang tadi.

“Presiden tekankan bahawa dia tidak mahu dalam UMNO ini berlaku pengkhianatan.

“Bermakna, waktu kita pergi pertandingan yang datang daripada parti UMNO juga pergi menyokong parti-parti lain, itu maksud dia.

“Itulah antara ‘key point’ (hasrat utama) taklimat iaitu jangan ada pengkhianatan dalam perjuangan parti UMNO,” katanya ringkas ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Mengulas mengenai penerimaan ahli UMNO, Johari menyatakan bahawa kesemua delegasi yang hadir sebulat suara menerima penglibatan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

“Semua delegasi sudah dengar (penjelasan Presiden) tadi dan mereka terima secara sebulat suara kerajaan perpaduan ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

The post Jangan ada pengkhianatan dalam UMNO appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*