Akaun Instagram Benzema ‘Hilang’ Lepas Al Ittihad Dibenam Al Nassr

Benzema instagram hilang

Akaun Instagram Benzema ‘Hilang’ Lepas Al Ittihad Dibenam Al Nassr

Akaun Instagram milik Penyerang Al Ittihad, Karim Benzema ‘hilang’ dipercayai selepas pasukannya ‘dibelasah’ oleh kelab Al Nassr dengan skor 2-5 di laman sendiri.

Memetik Daily Mail UK, akaun media sosial dengan lebih 76 juta pengikut itu didapati tiada dalam carian platform berkenaan.

Meskipun tidak dipastikan punca utama pemain itu berbuat demikian, pemain itu dipercayai memadam atau menyahaktifkan akaunnya buat sementara waktu sejak kekalahan berkenaan.

Al Ittihad Putih Mata Di Laman Sendiri

Benzema padam instagram
Gambar: AFP

Dalam perlawanan liga pusingan ke-18, bekas rakan sepasukannya Cristiano Ronaldo dan bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane masing-masing menyumbat dua gol diikuti Talisca satu gol ke gawang Al Ittihad.

Manakala dua gol daripada tuan rumah hadir menerusi penyerangnya, Abderrazak Hamdallah pada minit ke-14 dan minit ke-51.

Tuan rumah terpaksa berputih mata dengan kini berada di tangga ke-6 Liga Profesional Arab Saudi dengan 28 mata dalam 18 perlawanan. Manakala Al Nassr kini di tangga ke-2 liga dengan 43 mata selepas 18 perlawanan.

Al-Ittihad kini ketinggalan 22 mata di belakang pendahulu liga, Al-Hilal. Lebih mengusarkan, kelab itu telah tewas empat daripada lima perlawanan terakhir mereka.

Krisis Dalaman

Gambar: NURELDINE / AFP

Difahamkan, Al-Ittihad, yang juga juara liga musim lalu bertindak memecat pengurusnya pada pertengahan musim selepas bertengkar dengan Benzema.

BACA: Karim Benzema Ikat Kontrak 3 Tahun Di Al Ittihad

Sebelum ini, penyerang itu menyatakan keterujaannya di kelab pada awal musim ini.

“Sudah lama saya ingin menjejakkan kaki ke sini. Selain itu, negara ini ialah sebuah negara Islam membuatkan saya jatuh cinta. Saya berasa nyaman di sini sama ada di dalam padang mahupun luar padang.

“Peminat dari negara ini menyambut kedatangan saya dengan tangan terbuka. Kasih sayang rakyat di sini sangat jelas dan saya sangat gembira,” katanya.

Bukan itu sahaja, pemain kebangsaan Perancis itu turut menyatakan hasrat untuk membantu pembangunan bola sepak Arab Saudi terus berkembang.

“Projek Al-Ittihad sangat menarik dan saya mahu menjadi sebahagian daripada pembangunan kelab ini. Inilah sebab mengapa saya datang ke sini,” katanya.

Benzema padam instagram
Gambar: Arab News

Untuk makluman, Benzema meninggalkan Santiago Bernabeu pada jendela musim panas lalu dengan menyertai kelab dari Liga Pro Saudi, Al-Ittihad.

Benzema menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab itu dengan nilai sekitar £258 juta (RM1.5 bilion) selepas 14 musim “tsunami” trofi di Madrid.

Penyerang berusia 36 tahun itu menjadi perhatian dunia termasuk Arab Saudi selepas memenangi Ballon d’Or pada 2022.

Sumber: Daily Mail UK

The post Akaun Instagram Benzema ‘Hilang’ Lepas Al Ittihad Dibenam Al Nassr appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*