Nenek Tular Dengan Perkataan ‘Hempuk’ Ketika Bergurau Manja Dengan Cucu Meninggal Dunia

Nenek hempuk meninggal dunia

Nenek Tular Dengan Perkataan ‘Hempuk’ Ketika Bergurau Manja Dengan Cucu Meninggal Dunia

Jika anda merupakan pengguna media sosial TikTok pasti anda akan pernah menonton video seorang cucu yang sering bergurau manja dengan neneknya ini.

Video yang memaparkan cucunya menyakat neneknya itu sering mendapat perhatian ramai.

Antara video yang paling disukai dan mendapat tontonan yang ramai ialah sewaktu dia memarahi cucunya sambil mengatakan “kalau aku hempuk nyawa kau mengelupur karang” ketika cucunya itu memintanya untuk membuka grill.

Nenek ‘hempuk’ meninggal dunia

Kini kita sudah tidak akan dapat lagi melihat telatah cucu dan neneknya itu. Semalam bersamaan dengan 10 Februari, nenek itu telah dilaporkan meninggal dunia pada jam 11.30 pagi.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Pengumuman pemergian itu dibuat oleh cucunya sendiri iaitu Syukri Shaharudin di akaun TikTok miliknya pada hari yang sama pemergian Allahyarhammah.

Nenek hembuskan nafas terakhirnya pada 11:30 pagi tadi

“Nenek telah hembuskan nafas terakhirnya pada 11:30 pagi tadi. Minta doakan nenek ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” tulis muat naik video tersebut.

Menurut Syukri lagi, neneknya telah selamat dikebumikan selepas solat Asar pada semalam bersamaan dengan hari Jumaat.

“Nenek telah selamat dikebumikan selepas asar tadi. Alhamdulillah, semua urusan tadi dipermudahkan dan nenek pergi dengan tenang.

“Terima kasih warga tiktok kerana selalu doakan kesihatan nenek sebelum ini,” tulis pula kapsyen muat naik video berkenaan.

@syukrishaharudin

Nenek telah selamat dikebumikan selepas asar tadi. Alhamdulillah , semua urusan tadi dipermudahkan dan Nenek pergi dengan tenang. Terima kasih warga tiktok kerana selalu doakan kesihatan nenek sebelum ini 🤍 #nenekhempuk #bukapintu #melaka

♬ Takkan Hilang – tentangreysan

Perkongsian itu telah mendapat reaksi pelbagai dari penonton yang melihat video berkenaan. Ramai yang meninggalkan komen mendoakan kesejahteraan kepada pemergian nenek Syukri tersebut.

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Innalillahhiwainnailaihirojiun al-fatihah nenek, semoga ditempatkan dikalangan orang beriman,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Salam takziah, Al fatihah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulis seorang lagi pengguna media sosial yang mendoakan kepergian nenek tersebut.

“Al Fatihah nenek…. nenek memang penghibur kami. Syurga buatmu nenek,” tulis seorang lagi yang menjadi pengikut setia menonton video telatah nenek tersebut.

Pasti selepas ini semua pengguna media sosial TikTok akan merindui telatah cucu dan neneknya itu.

Disini, kami dari pasukan Siakap Keli ingin mengucapkan salam takziah kepada Nenek serta sekeluarga. Semoga nenek tenang dan berada disamping orang-orang yang beriman.

Sumber: Syukri Shaharudin via TikTok

The post Nenek Tular Dengan Perkataan ‘Hempuk’ Ketika Bergurau Manja Dengan Cucu Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*