Akibat Digantung UEFA, Rusia Nyatakan Minat Sertai AFC

Rusia Nyatakan Minat Sertai AFC

Pengharaman oleh Persekutuan Bola Sepak Eropah UEFA terhadap Rusia berhubung pencerobohan negara itu ke atas Ukraine menyebabkan Moscow menyatakan minat untuk menyertai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), lapor Stuff.

Presiden Kesatuan Bolasepak Rusia Aleksandr Dyukov mengatakan AFC secara terbuka menerima pasukan itu.

“Kami tidak nampak cahaya di hujung terowong. Sementara itu, AFC terbuka untuk menerima kami,” katanya.

Oleh itu, Dyukov akan mempengerusikan mesyuarat bersejarah jawatankuasa eksekutif RFU yang akan dijalankan pada Selasa.

Dalam mesyuarat itu, jawatankuasa berkenaan bakal mempertimbangkan sama ada Rusia akan meninggalkan bola sepak Eropah atau menyertai AFC dalam Piala Dunia 2026.

Sekiranya langkah tersebut diberikan lampu hijau, maka kelab terkemuka Rusia seperti Zenit St Petersburg, Spartak Moscow dan Dinamo Moscow tidak lagi dibenarkan bertanding dalam pertandingan UEFA seperti Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

“Tiada siapa yang pernah meninggalkan UEFA,” ujar Dyukov mengakui tiada proses yang ditetapkan untuk menukar konfederasi.

Dalam pada itu, jika Rusia diberi kelayakan untuk menyertai Piala Dunia Asia ia akan menjejaskan peluang pasukan lain seperti Australia untuk ke Piala Dunia seterusnya.

Rusia berada di tangga ke-37 dunia dan skuad kendalian Valey Karpin telah dikurangkan masa bermain dalam perlawanan persahabatan sejak digantung UEFA.

Namun, daripada segi sejarah Rusia telah menikmati kejayaan di atas padang dengan memenangi Euro 1960 (ketika sebagai Kesatuan Soviet) dan baru-baru ini mara ke suku akhir Piala Dunia 2018.

Difahamkan, Rusia mempunyai hak geografi untuk meminta keahlian AFC memandangkan majoriti wilayahnya berada di Asia, walaupun ibu kota Moscow terletak di barat Pergunungan Ural di Eropah.

Dyukov menjangkakan keputusan mengenai masa depan bola sepak Rusia akan diputuskan pada hujung tahun untuk memberi peluang kepada pasukan kebangsaan layak ke Piala Dunia seterusnya dalam masa empat tahun.

Sumber: Stuff

The post Akibat Digantung UEFA, Rusia Nyatakan Minat Sertai AFC appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*