Ini Tarikh Akhir Setiap Kurier Pos Barang Dibeli Di Shopee & Sampai Sebelum Raya

Tarikh Akhir Pos Barang

Ini Tarikh Akhir Setiap Kurier Pos Barang Dibeli Di Shopee & Sampai Sebelum Raya

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi dan memandangkan ia adalah cuti umum kebangsaan, semua syarikat penghantaran ekspres domestik akan bercuti semasa tempoh tersebut.

Baru-baru ini, Shopee telah mengumumkan tarikh akhir bagi penghantaran barang-barang yang dibeli di platform itu sebelum hari raya.

Menurut laman web Shopee, Cut-Off Date merupakan hari terakhir pengeposan barang bagi memastikan bungkusan pesanan dapat diterima oleh pembeli sebelum hari raya.

Untuk pengetahuan anda, segala bungkusan tidak akan dihantar kepada penerima semasa cuti.

Dalam pada itu, pesanan yang dipos selepas tarikh akhir berkenaan hanya akan diterima selepas hari raya Aidilfitri.

Tarikh akhir kurier pos barang dibeli dari Shopee

Berdasarkan infograpik Shopee, terdapat sembilan saluran penghantaran syarikat ekspres yang dinyatakan tarikh akhir pengeposan bagi membolehkan bungkusan diterima sebelum raya.

Bagi SPX Express, hari terakhir pengeposan barang adalah pada 5 April 2024 bagi Semenanjung Malaysia, manakala bagi Sabah dan Sarawak pada 2 April 2024.

Tarikh ini sama seperti tarikh terakhir pengeposan barang syarikat ekspres, Ninja Van.

Seterusnya, tarikh akhir pengeposan kurier J&T Express Malaysia pula adalah 6 April (Semenanjung Malaysia) dan 2 April 2024 (Sabah & Sarawak).

Manakala Poslaju, tarikh akhir penghantaran bungkusan dalam Semenangjung adalah pada 9 April dan 2 April untuk Sabah & Sarawak.

Seterusnya, bagi syarikat kurier DHL pula, tarikh akhir yang ditetapkan adalah 4 April untuk penghantaran di Semenanjung Malaysia, manakala 2 April untuk penghantaran di Sabah & Sarawak.

Selain itu, Flash Express menetapkan tarikh akhir penghantaran bagi Semenanjung Malaysia pada 4 April dan Sabah & Sarawak pula pada 1 April.

Dalam pada itu, tarikh akhir penghantaran bagi perkhidmatan POS MALAYSIA, J&T Cargo dan BEST CARGO di Semenanjung Malaysia adalah pada 9 April 2024.

Tiada maklumat dinyatakan berkenaan tarikh akhir penghantaran bagi Sabah & Sarawak untuk ketiga-tiga perkhidmatan tersebut.

Kredit: Shopee

Lanjutan daripada itu, pembeli disarankan untuk membuat pesanan barang lebih awal.

Hal ini kerana bagi memastikan penjual dapat melakukan pengeposan barang pada tarikh yang ditetapkan untuk diterima sebelum hari raya.

BACA: Duit Banyak, Billionaire Jepun Bina Trek Lumba Peribadi Di Atas Gunung

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Shopee

The post Ini Tarikh Akhir Setiap Kurier Pos Barang Dibeli Di Shopee & Sampai Sebelum Raya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*