Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Hingga 3 Mac

angin kencang laut bergelora

MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Hingga 3 Mac

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi beberapa lokasi di Malaysia hingga 3 Mac ini.

Dalam kenyataannya di Facebook, MetMalaysia telah membahagikan pengumuman kepada dua seksyen iaitu Seksyen A dan Seksyen B.

Bagi Seksyen A, ia merujuk kepada kawasan perairan Malaysia.

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dikeluarkan di beberapa kawasan seperti Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kawasan yang dinyatakan di a atas diramalkan bakal menghadapi angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Keadaan ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi kategori pertama turut dikeluarkan di Sarawak, Sabah Barat dan Labuan.

Kawasan ini akan menerima angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Berdasarkan ramalan itu, keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Pada masa yang sama, terdapat risiko kenaikan paras air laut diramalkan di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan. Keadaan ini berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.

Bagi Seksyen B pula lebih tertumpu kepada aktiviti laut dalam di Malaysia.

Amaran kategori ketiga telah dikeluarkan di kawasan perairan Tioman, Condore, utara Bunguran, barat Reef North.

Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Seterusnya, amaran angin kencang kategori kedua diramalkan bakal melanda kawasan perairan Samui, selatan Bunguran, timur Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan barat Palawan.

Angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter mengundang bahay kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Akhir sekali, amaran kategori ketiga dijangka bakal berlaku di kawasan perairan timur Palawan dan Sulu.

Keadaan angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter a ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

BACA: Surat Kisah Penceraian Puteri Diana Dilelong Untuk Tujuan Amal

Sumber: MetMalaysia via Facebook

The post Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Hingga 3 Mac appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*