“Ambil Yang Tiada Akar” Abang Ni Kongsi Cara Tanam Serai Yang Betul

penanaman serai

“Ambil Yang Tiada Akar” Abang Ni Kongsi Cara Tanam Serai Yang Betul

Antara banyak tumbuhan, boleh dikatakan serai adalah salah satu pokok yang mudah untuk ditanam kerana tidak memerlukan cara penjagaan yang begitu teliti.

Bagaimanapun, serai akan tumbuh dengan baik sekiranya menggunakan teknik dan cara penanaman yang betul.

Misalnya, seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Abang Salai yang mengajar cara dan kaedah untuk memastikan serai tumbuh dalam keadaan yang cantik dan baik.

Perkara asas pertama yang perlu diketahui ialah serai yang ingin ditanam perlu dibuang akarnya yang lama untuk memastikan ia dapat tumbuh dengan banyak selain pokok mudah membesar.

“Sebelah kanan ada tiga batang serai, belah kiri ini sebatang je. Perbezaan, sebatang serai ini mempunyai akar. Manakala, tiga batang serai itu tidak mempunyai akar, jadi mana lebih baik?

“Ramai yang faham kalau ada akar, lebih kuat dan pokok serai akan jadi lebih cantik dan pokok boleh hidup, sebenarnya tidak bagus,” jelasnya.

Kredit: Abang Salai/Facebook
Kredit: Abang Salai/Facebook

Tambahnya, sekiranya serai yang mempunyai akar yang lama ditanam, kemungkinan pokok tersebut tidak akan kekal lama.

“Macam ini serai (tiada akar) lebih baik dan boleh hidup lebih segar. Manakala akar yang daripada pokok yang tidak potong ini, tidak bagus kerana kita nak akar baru yang tumbuh daripada serai ini (tiada akar).

“Akar baru lagi kuat jadi penting untuk buang, kerana dari sini (bahagian bawah serai) akan tumbuh akar dengan senang sebab serai ini sangat senang hidup,” katanya.

BACA: Jangan Buang Kalau Dah Layu, Ni Cara Buat Mandian Herba Guna Daun Serai

Teknik betul tanam serai

Dalam pada itu, dia turut mengambil peluang mengajar teknik yang berkesan untuk menanam serai.

Katanya, serai tersebut perlu diletakkan dengan jarak sejengkal dan bukannya dikumpulkan kemudian tanam.

Kredit: Abang Salai/Facebook

“Dekat sini (tanah) saya letak satu batang dan dijarakkan dalam sejengkal atau nak letak dalam sebaris pun boleh.

“Kenapa kita jarakkan? Satu batang serai boleh hasilkan 50 pokok anak baru. Nanti anak serai akan keluar dulu mencecah 50 batang,” tambahnya.

Jelasnya, jarak itu dibuat bagi memastikan tumbesaran pokok itu lebih sihat kerana mempunyai ruang yang cukup.

“Tujuan jarakkan penanaman serai sebab nak bagi ruang pokok serai itu tumbuh dengan selesa. (Kemungkinan) akan ada 100 anak serai baharu.

Dalam pada itu, dia turut menerangkan bahawa serai tidak perlu ditanam dengan kedalaman yang dalam, hanya tindihkan sahaja serai dan tanah itu.

Kredit: Abang Salai/Facebook

Apabila pokok itu mula tumbuh dengan baik, maka baru masukkan baja atau bahan lain.

“Tambahnya, untuk menanam serai lubang tanah tidak perlu terlalu dalam kerana hanya sedikit sahaja tanah ditindihkan di atas serai.

“Kenapa? Sebab anak (serai) kecil lagi dan memerlukan keadaan yang tidak terlalu padat untuk senang membesar.

“Apabila ia sudah besar sedikit, baru kita masukkan tanah lain dan baja organik, tidak kisah, Tetapi untuk permulaan macam ini sahaja (tanam tidak dalam),” katanya.

Sumber: Abang Salai/Facebook

The post “Ambil Yang Tiada Akar” Abang Ni Kongsi Cara Tanam Serai Yang Betul appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*