Cuaca baik di seluruh negara

PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di seluruh negara pada pagi ini.

Ia berikutan tiada amaran ribut petir serta hujan lebat yang dikeluarkan MetMalaysia menerusi laman sesawangnya setakat pukul 9 pagi ini.

Namun, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang serta laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku dikawasan perairan Sulu melibatkan Sabah Timur dan Sulu hingga Sabtu ini.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (Kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Cuaca baik di seluruh negara appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*