Amerul Affendi Akan Cuba Nasib Pergi Ujibakat Keluang Man, Tapi Kena Buat Ni Dulu 

Amerul Affendi watak keluang man

Amerul Affendi Akan Cuba Nasib Pergi Ujibakat Keluang Man, Tapi Kena Buat Ni Dulu 

Pelakon terkenal, Amerul Affendi dalam satu hantaran di laman Twitter rasmi miliknya memberitahu dia ingin mencuba nasib dalam ujibakat pencarian watak Keluang Man.

Walau bagaimanapun, dia meletakkan ‘syarat’ kepada peminatnya terlebih dahulu sebelum cuba pergi ke ujibakat tersebut.

Syarat yang dikemukakan oleh Amerul adalah tiga platform media sosialnya iaitu, Twitter, Instagram dan TikTok perlu memperolehi 1 juta tanda ‘Suka’.

“Bila lakonan jadi hobi.. Cukup 1 juta RT/Repost di twitter.. 1 juta like di Instagram 1 juta like di TikTok.

“Abang pergi ujibakat ni.. demi kamu..,” tulisnya.

Difahamkan, selepas satu jam hantaran tersebut dimuat naiknya, platform Instagram sedang mendahului diikuti Twitter/X dan TikTok.

Sebelum ini, ada sesetengah warganet yang mencadangkan namanya untuk memegang watak superhero itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amerul Affendi (@amerul_affendi)

 

Astro Tengah Cari Lelaki ‘Sasa’ Pegang Watak Keluang Man

Sebelum ini, Astro Shaw Sdn. Bhd telah mengumumkan bakal mengadakan satu sesi ujibakat bagi mencari watak lelaki utama untuk filem live-action animasi legenda tanah air, Keluang Man.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Facebook rasmi studio filem tersebut pada 27 Julai.

“Adakah anda KELUANG MAN yang kami cari? Jom sertai ujibakat sebelum 13 Ogos 2023 untuk watak utama bagi membintangi filem akan datang terbaru kami, KELUANG MAN!,” tulis Astro Shaw di Facebook.

Bagaimanapun, pencarian bakat filem itu dilanjutkan sehingga 28 Ogos 2023 ini.

Kriteria-kriteria watak utama yang dicari-cari itu juga dimaklumkan dalam sekeping poster.

BACA JUGA: Tengah Cari “Talent”, Stephen Chow Umum Projek Filem “Shaolin Women’s Soccer”

Antara kriteria Keluang Man yang dinyatakan termasuklah seorang lelaki, berusia dalam lingkungan 21 tahun hingga 40 tahun, fasih berbahasa Melayu dan berbadan tegap.

Bukan sahaja itu, peserta yang mempunyai asas seni mempertahankan diri juga merupakan satu nilai tambah ketika ujibakat.

Cara Penyertaan Ujibakat Keluang Man

Bagi mereka yang ingin  menyertai ujibakat tersebut, peserta perlu menghantar video pengenalan diri dengan durasi maksimum tiga minit menerusi kod QR pada poster.

“Kami sudah mengenali Keluang Man, kini kami ingin mengenali ANDA. Tunjukkan personaliti menarik anda.” tulis panduan pada poster itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai sesi ujibakat ini, anda boleh layari laman web rasmi Keluang Man.

Sumber: Twitter @Amerul_Affendi

The post Amerul Affendi Akan Cuba Nasib Pergi Ujibakat Keluang Man, Tapi Kena Buat Ni Dulu  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*