Anak-Anak Pasti Suka, Ini Resipi “Mini Marshmallow Pop”

Resipi Mini Marshmallow Pop 

Anak-Anak Pasti Suka, Ini Resipi “Mini Marshmallow Pop”

Sebut sahaja manisan tentu ramai di luar sana menggemarinya lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak. Warna, bentuk, saiz yang divariasikan sememangnya “menggoda” sesiapa sahaja.

Seiring perubahan zaman, manisan bukan sahaja merujuk kepada coklat atau bar coklat, malah ia muncul dalam pelbagai bentuk yang kita sendiri tidak sangka.

Ada yang berbentuk bulat, petak, panjang, berwajah kartun dan sebagainya. Jadi, tidak hairan mengapa ia sangat digemari oleh kanak-kanak mahupun golongan yang lebih tua.

Sama seperti Mini Marshmallow Pop ini, walaupun marshmallow boleh dimakan begitu sahaja, namun ia akan lebih ‘terasa’ jika dicelup dengan pelbagai perisa.

Antaranya perisa coklat, coklat susu, strawberi, karamel, teh hijau dan banyak lagi. Menariknya, tentang mini marshmallow pop ini tak ubah seperti rupa aiskrim.

Oleh itu, hari ini SK akan berkongsikan resipi mini marshmallow pop yang disampaikan oleh pemilik akaun TikTok @moeirajohnson. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Resipi Mini Marshmallow Pop

Gambar: TikTok @moeirajohnson

Bahan-bahan

Bahan-bahan yang digunakan dalam resipi ini termasuklah marshmallow, coklat susu, lolly stick, dan candy oil food color.

Cara penyediaan

BACA: Ini Beza Coklat Gelap, Coklat Susu & Coklat Putih Yang Ramai Tak Tahu

Pertama, ambil coklat dan tuangkan ke dalam bekas untuk double boil atau steam

Kedua, keluarkan marshmallow dan cucuk menggunakan lolly stick.

Gambar: TikTok @moeirajohnson

BACA JUGA: Sambut “Birthday” Ke-191 Tahun, Kenali Jonathan, Kura-Kura Paling Tua Di Dunia

Ketiga, celupkan marshmallow ke dalam coklat yang dah dicairkan tadi. Untuk warnakan atau perisa coklat susu boleh guna emulco atau candy oil food color

Keempat, letakkan topping mengikut kesesuaian selera.

Kelima, biarkan marshmallow yang telah dicelup coklat hingga sejuk dan keras dengan sendiri. Suhu bilik pun sudah mencukupi. 

Keenam, barulah marshmallow pop siap untuk dibungkus.

Resipi Mini Marshmallow Pop 
Gambar: TikTok @moeirajohnson

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

@moeirajohnson

Replying to @annarumbia 1. Cairkan coklat double boil atau steam 2. Cucuk marshmallow guna lolly stick 3. Celopkan marshmallow ke dlm coklat yg dah dicairkan tadi 4. Letak topping sesuai selera 5. Biarkan sampai coklat sejuk & keras sendiri… suhu bilik pon dah ok. 6. Siap utk dipacking 👌 Selamat mencuba & semoga bermanfaat… tq sudi folo akk 🙏👩‍🍳🫶 #marshmallowpops #tutorial #chocolaterecipe #chocolatetutorial #stepbysteptutorial #easyrecipe

♬ Cuma Saya M.A.C – Andry

Sumber: TikTok @moeirajohnson

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

The post Anak-Anak Pasti Suka, Ini Resipi “Mini Marshmallow Pop” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*