Anak Arwah Salahuddin Sebak Cabut Plat Nama Bapa Di Parlimen

Anak Arwah Salahuddin Sebak Cabut Plat Nama Bapa Di Parlimen

Anak Arwah Salahuddin Sebak Cabut Plat Nama Bapa Di Parlimen

Anak kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Fatihah Salahuddin hadir ke Dewan Rakyat untuk mencabut plat nama ayahnya pada Selasa.

Berdasarkan hantaran Facebooknya, Fatihah meluahkan rasa sayu dan sebak kerana terkenangkan bapanya yang telah meninggal dunia pada 23 Julai 2023.

Jelas Fatihah, dirinya seakan-akan baru sahaja menyaksikan dan menyokong bapanya ketika kempen Parlimen Pulai pada PRU15 lepas.

“Rasanya baru seperti semalam kami bekerja keras untuk memenangkan ayah di P161, Parlimen Pulai.”

Pada hari tersebut, Fatihah hadir ke Dewan Rakyat mengenakan baju putih milik arwah ayahnya.

“Rasa sayu dan sebak sebaik saja saya masuk ke dalam Dewan. Jatuh juga air mata tadi mengenangkan ayah.”

Bagi Fatihah, Parlimen boleh diibaratkan sebagai satu keluarga besar buat bapanya. Hal ini disebabkan, arwah telah dilantik untuk menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal (2004-2013) dan Ahli Parlimen Pulai (2018-2023).

Pandangan ini turut dipegang oleh anaknya, yang mana Fatihah turut merasakan merasai perkara yang sama.

“Secara peribadi, Parlimen juga adalah keluarga besar buat saya. Saya berpeluang bekerja dengan warga Parlimen sebagai Setiausaha Sulit Tan Sri Ariff, Speaker Dewan Rakyat daripada 2018-2020.

“Kemudian, berkhidmat dengan ayahanda tercinta sebagai pegawai khasnya daripada 2020 sehingga Parlimen dibubarkan pada 2022.

“Sepanjang tempoh tersebut saya diberikan kepercayaan oleh ayah untuk menguruskan segala hal ehwal Parlimen ayah daripada menyediakan soalan-soalan bagi Pertanyaan Jawab Lisan sehinggalah membuat usul untuk ayah.”

Fatihah berkata bahawa bekerjasama dengan warga Parlimen bukanlah suatu perkara yang janggal buat dirinya.

Pada akhir kenyataan di Facebook, Fatihah telah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak bagi pihak bapanya.

“Bagi pihak ayah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Parlimen Malaysia khususnya Pejabat Speaker Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Rakyat, Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen, Bahagian Hubungan Antarabangsa & Protokol, Bentara dan bahagian-bahagian pengurusan yang lain yang selama ini memberikan perkhidmatan terbaik buat ayah. Tidak terbalas jasa baik kalian.”

Fatihah turut berkata bahawa kerusi yang dimiliki bapanya adalah milik rakyat dan akan kurusi ini akan diisi menerusi mandat daripada rakyat.

“Sudah dua minggu ayah tinggalkan kita semua. Kerusi ini adalah milik rakyat. Datangnya daripada mandat rakyat, pulangnya kepada rakyat yang bakal memilih dan memberi mandat.”

BACA: Betul Ke PRN Boleh Tukar Kerajaan Persekutuan? Ini Beza Antara PRU Dengan PRN

Sumber: Fatihah Salahuddin via Facebook

The post Anak Arwah Salahuddin Sebak Cabut Plat Nama Bapa Di Parlimen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*