Anak Dr Zul Layak Terima Biasiswa, Pemilihan Ikut Dasar Dan SOP – MAIWP

anak dr zul biasiswa maiwp

Anak Dr Zul Layak Terima Biasiswa, Pemilihan Ikut Dasar Dan SOP – MAIWP

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berdasarkan dasar serta prosedur operasi standard (SOP) MAIWP.

Menurut MAIWP,  Abdul Syakur yang memperoleh keputusan 8A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia merupakan penuntut lepasan Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP dan pemberian biasiswa itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Penerima Skim Biasiswa MAIWP, 11 Sept lepas.

“Hasil semakan juga mendapati pemohon dikategorikan dalam asnaf Fisabilillah dengan Lebihan Had Kifayah.

“Bapa pelajar (Datuk Seri Dr Zulkifli) hanya menerima pencen dan telah melepaskan segala jawatan beliau termasuk juga sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia. Ini menepati syarat Lebihan Had Kifayah yang ditetapkan bagi asnaf Fisabillillah,” menurut MAIWP dalam kenyataan hari ini.

Isu pemberian biasiswa itu menerima pelbagai reaksi termasuk yang mempertikaikan kelayakan Abdul Syakur, yang merupakan anak bekas menteri dan didakwa mempunyai kelebihan dari segi kewangan berbanding calon lain, sebagai penerima.

BACA LAGI: Adakah Umat Islam Boleh Campur Adukkan Mazhab? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Al-Bakri

MAIWP memaklumkan takrifan asnaf Fisabilillah yang diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 4 Mac 2021, merujuk kepada mana-mana golongan atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam.

Jelas MAIWP, bantuan biasiswa itu merupakan antara 30 skim di bawah Dasar Skim Bantuan Zakat MAIWP yang digunapakai sejak diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-150 pada 15 Jan 2020 dan Mesyuarat MAIWP pada 18 Feb 2020.

Ia juga diperakui di bawah SOP Pengurusan Skim Bantuan Zakat MAIWP yang diluluskan Mesyuarat Pengurusan MAIWP pada 22 Dis 2020.

Sumber: BERNAMA

The post Anak Dr Zul Layak Terima Biasiswa, Pemilihan Ikut Dasar Dan SOP – MAIWP appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*