Bekas Bintang WWE, Hulk Hogan Kahwin Lagi

hulk hogan kahwin

Bekas bintang WWE, Hulk Hogan dilaporkan telah mengikat ikatan yang sah bersama kekasihnya, Sky Daily di dalam sebuah majlis kecil di Clearwater, Florida pada Jumaat lalu, lapor TMZ.

Hogan atau nama sebenarnya Terry Bollea berusia 70 tahun dan Sky yang merupakan guru yoga, 45 tahun.

Semasa majlis tersebut, Sky mengenakan busana putih dari koleksi gaun pengantin Rue de Seine dan barang kemasnya, anting-anting yang diperbuat daripada emas putih 18 karat bertatahkan empat karat berlian.

Dalam pada itu, gelang dan loket rantainya juga diperbuat daripada emas putih dan cincinya dianggarkan bernilai kira-kira RM2 juta.

Majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Julai lalu, Hogan dan pasangannya bertunang selepas lebih setahun berkenalan sewaktu majlis perkahwinan rakan.

Menerusi pertemuan itu, Hogan meluahkan terima kasih kepada rakannya kerana mempertemukan mereka sekali lagi di sebuah parti.

Bekas juara WWE enam kali itu turut mengakui rakannya menjadi penyebab mereka berada pada tahap ini.

Imbas kembali, Hogan terlebih dahulu memulakan perbualan bersama Sky selepas dia membelikan minuman untuk semua yang hadir.

BACA: Afdlin Shauki Sahkan Sudah Berkahwin Semula

Sky juga mengambil peluang menjelaskan dia yakin bahawa Hogan mencintainya kerana lelaki tersebut menampilkan sisi romantik yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun.

“Dia memberika sejambak besar bunga sebelum dia membawa saya keluar.

“Terry lebih tua daripada saya dan anak-anaknya juga lebih berusia tetapi kami mempunyai banyak pengalaman serupa yang mengejutkan. Kami berdua telah bercerai dua kali.

“Saya tidak pernah bersama seseorang yang mengutamakan saya dalam setiap perkara. Apabila saya bangun pada waktu pagi dia bersedia menghulurkan kopi kepada saya,” kata Sky ketika menceritakan bagaimana dia terbuka hati kepada Hogan.

Sebelum ini, media melaporkan Hogan pertama kali telah berkahwin dengan Linda Hogan dari tahun 1983 hingga 2009 dan memiliki dua anak iaitu Brooke, 35 tahun dan Nick 33 tahun.

Kemudian, pada Oktober 2021 dia berkahwin buat kali kedua dengan Jennifer McDaniel pada 2010 tetapi bercerai pada Oktober 2021.

Perkahwinannya pada kali ini bersama Sky adalah perkahwinan ketiga buat Hogan.

Sumber: TMZ, Daily Mail

The post Bekas Bintang WWE, Hulk Hogan Kahwin Lagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*