Anak Penggal Bapa Sendiri, Tayang Kepala Di Youtube

anak penggal kepala bapa

Anak Penggal Bapa Sendiri, Tayang Kepala Di Youtube

Seorang lelaki di Pennsylvania, Amerika Syarikat ditangkap selepas didakwa memenggal kepala bapanya sendiri.

Suspek kemudian didakwa mempamerkan kepala mangsa dalam satu video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya.

Memetik NBC News, suspek dilapor berusia 32 tahun manakala bapanya berusia 68 tahun.

Menurut dokumen mahkamah yang dikeluarkan pada Rabu, suspek didakwa di atas kesalahan membunuh Tahap Pertama, mendera mayat dan memiliki alat yang digunakan untuk jenayah.

Mayat ditemui dalam keadaan ngeri, tanpa kepala dan berlumuran darah

Terdahulu pada Selasa, media tempatan melaporkan mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan ngeri oleh isteri mangsa di rumahnya.

Mayat mangsa ditemui tanpa kepala dan dipenuhi dengan darah.

Pemeriksaan polis di rumah berkenaan kemudian menemui kepala mangsa dalam beg plastik yang diletakkan dalam periuk.

Periuk berkenaan ditemui di dalam sebuah bilik mandi yang terletak bersebelahan dengan sebuah bilik.

Sebilah parang dan pisau juga ditemui di dalam tub mandi di rumah berkenaan.

Sementara itu, isteri mangsa memberitahu polis bahawa kali terakhir dia melihat suspek pada pukul 2 petang hari yang sama.

Wanita itu menegaskan bahawa suspek adalah satu-satunya individu yang berada bersama mangsa pada hari kejadian tersebut.

Apabila pulang ke rumah, dia terkejut selepas menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan terus menghubungi polis.

Menurut isteri mangsa lagi, suspek bagaimanapun tidak berada di tempat kejadian dan hilang bersama-sama dengan sebuah kereta yang didaftarkan atas nama mangsa.

Polis kemudiannya berjaya menahan suspek di Fort Indiatown Gap, kira-kira 100 batu dari tempat kejadian bersama dengan kenderaan berkenaan.

Pegang kepala bapa yang dipenggal dan pamerkan dalam video di YouTube

Sebelum ini, klip video yang memaparkan suspek memegang kepala mangsa telah dimuat naik di sebuah saluran YouTube.

Dalam klip berdurasi 14 minit itu, suspek memakai sarung tangan dan memegang kepala bapanya yang diletakkan dalam beg plastik.

Menerusi video itu, suspek mendakwa bapanya sebagai pengkhianat selepas berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan Amerika Syarikat.

Difahamkan, suspek adalah penyokong kuat teori konspirasi sayap kanan dan sering memuat naik video di saluran YouTube miliknya.

Bagaimanapun, video terbaru berdurasi 14 minit suspek itu telah diturunkan kerana melanggar polisi YouTube.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: NBC News

The post Anak Penggal Bapa Sendiri, Tayang Kepala Di Youtube appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*