“Lebih Dua Juta Ahli Tinggalkan UMNO” – Annuar Musa

“Lebih dua juta ahli sudah meninggalkan UMNO,” demikian dakwaan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau turut mendakwa UMNO pada ketika ini tidak lagi berada dalam senarai pilihan rakyat.

“Realitinya pada hari ini, UMNO bukan lagi parti pilihan rakyat. Dua juta ahli sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah pun meninggalkan UMNO.

“UMNO bukan lagi parti yang mengutamakan perpaduan rakyat. UMNO bukan lagi parti yang mahu menjaga kepentingan agama, bangsa, dan negara.

“Ia telah bertukar menjadi satu parti menjaga kepentingan individu, menjaga kepentingan kelompok dan puak tertentu. Dan sekarang ini mereka sibuk menjaga dan menjadi tukang sapu kepada parti DAP semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di Senawang, pada malam Sabtu.

Ujarnya, tiada sebab untuk beliau menghabiskan sisa-sisa usia dan tenaga kepada parti itu lagi.

Sah ahli Pas

Media turut melaporkan, beliau yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN) kini sudah sah menjadi ahli PAS, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata PAS menerima keahlian bekas Ahli Parlimen Ketereh itu bersama 3,000 ahli baharu yang lain semalam.

“Saya ingin memaklumkan Tan Sri Annuar Musa diterima menjadi ahli PAS…dengan 3,000 keahlian baharu hari ini.

“Ramai memohon masuk dalam PAS, Bersatu…(selepas ini) tokoh masyarakat lain yang diterima masuk ke parti ini akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi turut menyerahkan sijil keahlian kepada Annuar.

Sementara itu, Annuar berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kepimpinan tinggi parti PAS dan PN yang menerima keahliannya itu.

“Saya bersyukur pada malam ini saya dapat bersama dengan semua (penyokong PN) pada hari bersejarah bagi diri saya, (keputusan ini) tidak dipengaruhi oleh sesiapa,” katanya.

Sumber: Awani

The post “Lebih Dua Juta Ahli Tinggalkan UMNO” – Annuar Musa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*