Anggota Bomba Cederakan Ibu Saudara Dipenjara Tiga Bulan

bomba dipenjara

Anggota Bomba Cederakan Ibu Saudara Dipenjara Tiga Bulan

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Seorang anggota bomba dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan ibu saudaranya, dua tahun lepas.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, 32, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Aini Ahmad, 58, di kuarters Balai Bomba Taman Melati, Wangsa Maju di sini pada 4 petang, 27 Dis 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh selain mengambil kira faktor kepentingan awam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia penanggung tunggal keluarga dan mempunyai 14 orang anak termasuk 10 anak tiri.

“Saya bertindak sedemikian (cederakan ibu saudara) kerana keluarga mentua ingin membawa balik isteri saya ke kampung tanpa kebenaran saya dan saya memohon hukuman ringan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang lemas ketika mandi di kolam renang, di sebuah apartment di Bangi, Selangor pada 13 Sept lepas.

Sumber: BERNAMA

BACA: Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Mati Penganggur Bunuh Tiga Anggota Keluarga Angkat

The post Anggota Bomba Cederakan Ibu Saudara Dipenjara Tiga Bulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*