Agong Akan Teliti Perbelanjaan Kerajaan, Harap Ada Lebihan Fiskal Setiap Tahun

agong perbelanjaan kerajaan

Agong Akan Teliti Perbelanjaan Kerajaan, Harap Ada Lebihan Fiskal Setiap Tahun

Dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada hari ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda akan meneliti setiap perbelanjaan kerajaan.

Seri Paduka Baginda telah bertitah bahawa tindakan itu adalah untuk memastikan bajet negara dapat diuruskan secara efisien.

Dengan ini, cadangan perbelanjaan akan tertumpu terhadap perkara yang penting dan mustahak untuk negara.

“Saya juga akan meneliti perbelanjaan kerajaan dan memastikan setiap cadangan perbelanjaan adalah untuk perkara yang betul-betul diperlukan,” titah Baginda.

Dengan penelitian ini, Sultan Ibrahim berharap agar kerajaan dapat memperolehi lebihan fiskal sepanjang pemerintahannya.

“Saya berharap semasa pemerintahan saya ini, kerajaan akan berjaya memperolehi lebihan fiskal setiap tahun,” titah Baginda lagi.

Agong titah tidak akan layan sebarang perkara yang mengganggu kestabilan politik Malaysia

Untuk makluman, Seri Paduka Baginda telah menyampaikan Titah Diraja, yang merupakan titah sulung baginda selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari lepas.

Ketika bersidang, Sultan Ibrahim turut memberikan lampu hijau kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara yang melampaui batas.

Selain itu, baginda turut memerintahkan pihak kerajaan untuk merangka satu dasar bagi mengukuhkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan bahawa baginda sama sekali tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik negara.

Titahnya, semua pihak haruslah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk pada akhir tahun 2022.

Menurut Bernama, istiadat berkenaan turut disiarkan  menerusi saluran televisyen dan platform dalam talian secara langsung.

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung 19 hari. Tumpuan utama bagi persidangan kali ini adalah perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-ahli Parlimen dari 27 Februari hingga 7 Mac.

Kemudian, perkara ini diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan yang bakal berlangsung selama empat hari bermula 11 Mac.

BACA: Kenali BYD, Pengeluar EV Yang Semakin Tunjuk Taring

Sumber: BernamaTV via X

The post Agong Akan Teliti Perbelanjaan Kerajaan, Harap Ada Lebihan Fiskal Setiap Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*