Anggota Bomba Maut Dilanggar Kereta Ketika Pulang Bertugas

Bomba Maut Dilanggar Kereta

Anggota Bomba Maut Dilanggar Kereta Ketika Pulang Bertugas

ALOR GAJAH, 20 Ogos (Bernama) — Seorang anggota bomba maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat bertugas apabila motor yang ditungganginya dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa Muhammad Hafize Muhamad Sabri, 25, cedera di kepala dan anggota badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA JUGA: Pegawai Bomba Maut Disyaki Langgar Kerbau

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kereta jenis Nissan Grand Livina dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dari arah Melaka menghala ke Masjid Tanah, manakala mangsa yang membawa motor jenis Yamaha Y15ZR pula dari arah Masjid Tanah menuju ke Melaka.

“Kemalangan dipercayai berpunca selepas pemandu itu hilang kawalan dan telah masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Pulau Gadong, selepas tamat tugas di Balai Bomba Masjid Tanah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arshad berkata anggota bomba terbabit yang sudah bertunang dijangka berkahwin tahun depan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Anggota Bomba Maut Dilanggar Kereta Ketika Pulang Bertugas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*