Anggota Maritim Malaysia Cedera Ditembak, Disahkan Buta Mata Kiri

anggota maritim buta

Anggota Maritim Malaysia Cedera Ditembak, Disahkan Buta Mata Kiri

Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) disahkan buta sebelah mata kiri akibat daripada kejadian berbalas tembakan di perairan Kunak semalam, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, semasa kejadian, Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, mengalami kecederaan di bahagian mata.

Menurut Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, anggota tersebut berada dalam keadaan stabil selepas selamat menjalani pembedahan di Hospital Tawau.

“Saya telah melawat dia tadi Alhamdulillah, namun disebabkan kejadian itu saya nak maklumkan telah disahkan oleh pihak doktor yang mana dia akan buta sebelah mata sebab tak dapat nak selamatkan saraf dekat mata sebab peluru terkena saraf.

“Dia hilang sebelah mata kekal tanpa penglihatan, tetapi Alhamdulillah sebelah kanan elok. Jadi ini menjadi satu insiden amat sensitif pada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan pada hari ini.

Tambahnya, seorang lagi anggotanya iaitu Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin, 35, juga berada dalam keadaan stabil.

Anggota tersebut mengalami kecederaan di kedua belah tangan.

BACA: Lelaki Israel Miliki Enam Senjata Api Dijangka Dihadap Ke Mahkamah Minggu Ini – KPN

Kata Hamid, sebelum ini, suspek itu disiasat berada di kawasan di Suba Duyung dan Batik Parang untuk aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Kita dapati mereka ini melakukan jenayah menyeludup barang. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti suspek dan kita bergabung tenaga bersama pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) serta PDRM melalui penggunaan aset yang terlibat.

“Aset yang terlibat daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) membabitkan dua kapal dan 21 bot, PDRM dari semua bahagian mengatur gerak lima kapal ronda dan 26 bot ronda serta tempur manakala Maritim Malaysia sendiri membabitkan empat kapal maritim dan 15 bot ronda dan tempur.

“Fokus kita sekarang ini adalah melibatkan sektor Lahad Datu sehingga Semporna, Kunak dan Tawau di bawah naungan ESSCOM,” katanya.

Dalam pada itu, Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata warga asing yang dikenal pasti sebagai salah seorang suspek juga telah berada di dalam senarai orang dikehendaki.

“Sudah tentu suspek dalam senarai dikehendaki kita,cuma saya tidak boleh dedahkan identitinya kerana usaha mengesan dan menjejak serta membuat tangkapan sedang dilakukan.

“Seorang suspek dikenal pasti melalui saksi mata daripada pegawai yang terlibat dalam pertempuran ini manakala dua lagi kita sedang kenal pasti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Anggota Maritim Malaysia Cedera Ditembak, Disahkan Buta Mata Kiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*