Angka Kematian Rakyat Palestin Cecah 9,500 Termasuk Kanak-kanak

kematian rakyat palestin

Angka Kematian Rakyat Palestin Cecah 9,500 Termasuk Kanak-kanak

Sekurang-kurangnya 9,500 terkorban termasuk kanak-kanak akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza setakat ini, sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat, menurut pejabat media kerajaan pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Ketua pejabat media kerajaan di Semenanjung Gaza, Salama Marouf berkata seramai 2,509 wanita dilaporkan terkorban dalam serangan tersebut.

“Jumlah kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober meningkat kepada 9,500 termasuk 3,900 kanak-kanak dan 2,509 wanita.

“Serangan Israel membawa kepada kemusnahan 55 masjid, tiga universiti, tiga gereja dan lima bangunan milik Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama di Gaza,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kerugian dalam sektor penjagaan kesihatan, Marouf berkata sebanyak 16 unit hospital, 32 pusat penjagaan primer dan 27 ambulans turut terjejas.

Ia juga termasuk dengan kerosakan 105 institusi perubatan di sekitar sana.

Manakala, daripada segi bangunan kediaman, Marouf berkata serangan tersebut turut mengakibatkan 8,500 rumah musnah, selain turut menjejaskan 40,000 unit rumah dan 220,000 unit lain.

Sementara itu, sebanyak 88 ibu pejabat kerajaan dan 220 sekolah rosak manakala 60 daripadanya telah ditamatkan perkhidmatan.

“Pendudukan Israel telah meningkatkan impaknya dalam tempoh 24 jam yang lalu, bertepatan dengan lawatan Setiausaha Negara AS Antony Blinken ke rantau itu,” memetik katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan situasi terkini konflik di semenanjung itu.

BACA: Konflik Palestin-Israel: Guru Sekolah Al-Quran Malaysia Di Gaza Terkorban

Dalam pada itu, Marouf juga menyeru campur tangan segera untuk membawa bahan api ke hospital untuk menyelamatkan nyawa susulan mendakwa misi Israel yang menyasarkan  lebih banyak hospital.

Pesawat Israel mempertingkat serbuan mereka di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam lalu, menyasarkan hospital dan sekolah yang melindungi ribuan orang awam yang kehilangan tempat tinggal, hingga mengakibatkan berpuluh-puluh kematian dan kecederaan.

Awal Sabtu, Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengumumkan bahawa 15 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70 cedera akibat serangan Israel yang menyasarkan Sekolah Al-Fakhoura, yang bergabung dengan agensi PBB UNRWA, di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

Kira-kira 1.4 juta orang daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal dan menderita akibat bencana kemanusiaan dan keadaan kesihatan.

Sumber: Agensi Anadolu

The post Angka Kematian Rakyat Palestin Cecah 9,500 Termasuk Kanak-kanak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*