Anugerah Kecemerlangan Industri 2024, Cungkil Syarikat Berprestasi Terbaik Di Malaysia

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 di Johor Port Berhad. Johor Port Berhad merupakan pemenang Anugerah Perdana Menteri AKI 2020 yang juga merupakan pemenang Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan Kategori 4.

AKI pertama kali diperkenalkan oleh MITI pada tahun 1991 bertujuan untuk mengiktiraf syarikat yang cemerlang dalam aspek amalan pengurusan, mempunyai produk dan perkhidmatan berkualiti, dan konsisten memberikan nilai tambah tinggi kepada pelanggan dan pemegang taruh. Majlis penganugerahan diadakan setiap dua tahun.

Sebanyak 14 kategori akan dipertandingkan untuk AKI 2024 yang terdiri daripada lapan kategori utama iaitu Sektor Pembuatan (tiga kategori), Sektor Perkhidmatan (4 kategori) dan Kategori Terbuka.

Kategori-kategori lain adalah seperti Syarikat Paling Berpotensi, Industry4WRD dan terkini, dua anugerah baharu diperkenalkan iaitu Anugerah Kecemerlangan Produktiviti (3 kategori) dan Anugerah Kecemerlangan ESG. Para pemenang kategori utama akan bersaing untuk Anugerah Perdana Menteri, pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Kerajaan kepada industri.

AKI 2024 akan dibuka untuk penyertaan mulai 1 April hingga 31 Ogos 2023. Permohonan penyertaan boleh dikemukakan melalui sistem atas talian yang boleh diakses melalui aki.miti.gov.my. MITI menyasarkan sekurang-kurangnya 120 syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan akan menyertai AKI 2024.

Kriteria penilaian AKI 2024 berdasarkan Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF), merangkumi prestasi perniagaan, penetapan matlamat yang jelas, pelaksanaan inisiatif produktiviti yang berkesan, dan amalan terbaik dalam tadbir urus korporat. MBEF adalah selaras dengan rangka kerja kecemerlangan digunakan di peringkat antarabangsa oleh organisasi di negara maju.

AKI menawarkan insentif kemenangan untuk meraikan syarikat yang menunjukkan kemajuan ketara dalam amalan pengurusan, produk dan peningkatan kualiti perkhidmatan. Antara insentif yang menanti para pemenang AKI 2024 adalah trofi, hadiah wang tunai, latihan dan aktiviti promosi.

Syarikat yang mengambil bahagian dapat meraih faedah penilaian terperinci yang dilakukan oleh pasukan bebas yang akan menilai setiap syarikat mengikut piawaian yang diterima di peringkat antarabangsa. Syarikat akan dapat memanfaatkan laporan mengenai aspek-aspek tertentu dalam syarikat yang boleh ditambahbaik dalam usaha ke arah kecemerlangan perniagaan.

Sehubungan itu, syarikat-syarikat digalakkan memohon untuk menyertai AKI 2024. Syarikat-syarikat bukan sahaja berpeluang untuk memenangi anugerah dan pelbagai insentif kemenangan yang ditawarkan, tetapi juga dapat menilai amalan pengurusan, produk dan perkhidmatan berdasarkan rangka kerja kecemerlangan yang digunakan di peringkat antarabangsa.

Butiran lanjut mengenai AKI 2024 boleh diperolehi di aki.miti.gov.my dan sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui emel kepada akisec@miti.gov.my.

The post Anugerah Kecemerlangan Industri 2024, Cungkil Syarikat Berprestasi Terbaik Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*