Anwar Mahu Usaha Promosi Barangan Malaysia Dipertingkatkan

anwar promosi barangan malaysia

Anwar Mahu Usaha Promosi Barangan Malaysia Dipertingkatkan

PUTRAJAYA, 14 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu usaha mempromosi barangan Malaysia di peringkat antarabangsa dan tempatan dipertingkatkan dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau sendiri telah memainkan peranan mempromosi barangan Malaysia antaranya melalui pemakaian batik Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Esok petang saya ke Tokyo, Jepun untuk mesyuarat ASEAN dan semua 10 negara ASEAN diundang Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan satu malam dia kata boleh pakai pakaian sut atau pakaian rasmi.

“Saya bagi nota nak pakai batik Malaysia walau di sana (Jepun) musim sejuk, ini sebab saya rasa bertanggungjawab untuk promosi barang buatan Malaysia,” kata beliau ketika berucap merasmikan Karnival Barangan Malaysia 2023 di sini hari ini.

Dari sudut mempromosi barangan Malaysia di peringkat tempatan pula, Anwar berkata beliau telah menjadikan kunjungan ke gerai dan warung pada hari Jumaat untuk makan tengah hari sebagai acara tetap mingguan.

“Sebelum solat Jumaat saya pergi warung dan gerai dan makan di kedai tempatan. Ini cara promosi  barangan Malaysia,” katanya dan menambah ia dilaksanakan sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tiada Tempoh Berbulan Madu Buat Mana-mana Anggota Kabinet – PM Anwar

The post Anwar Mahu Usaha Promosi Barangan Malaysia Dipertingkatkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*