Enam gengster pecah cermin kereta ditangkap

MIRI: Enam gengster yang bertindak memecahkan cermin sebuah kereta yang diparkir di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di sini, ditangkap.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata, penangkapan kesemua lelaki itu dibuat selepas video mereka melakukan perbuatan itu tular di media sosial.

Katanya, satu laporan polis berkaitan kes berkenaan turut diterima pada pukul 11 pagi, semalam.

“Ekoran daripada laporan tersebut, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas enam lelaki tempatan berumur antara 19 hingga 34 tahun kerana dipercayai terlibat dengan pergaduhan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Alexson berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu Merusuh Dengan Senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana Melakukan Khianat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan kerana ia boleh menggangu siasatan.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk tampil ke Balai Polis Pusat Miri bagi menyalurkan maklumat atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu SI Ramping Jimbai di talian 085- 433222. – KOSMO! ONLINE

The post Enam gengster pecah cermin kereta ditangkap appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*