Api Terlalu ‘Slow’, Ini Cara Kuatkan Balik Seperti Dapur Baharu

Cara Kuatkan Seperti Dapur Baharu

Mesti jenuh tunggu masakan untuk masak jika api dapur tidak membesar. Sudah diputarkan sehingga akhir kekuatan api, namun api dapur masih berada pada tahap yang sama.

Pernahkan anda melalui situasi seperti di atas, apakah punca api dapur ini kekal seperti itu? Adakah kerana dapur sudah terlalu lama?

Tentu tidak, jika semua masalah harus diselesaikan dengan pembelian baharu, tidak dinafikan anda akan melakukan pembaziran dalam jumlah yang banyak.

Jadi untuk perkongsian kali ini, anda akan dibawakan khas ke dapur untuk mengetahui cara-cara memastikan api dapur anda kembali seperti yang asal.

Maklumat tersebut dikongsikan di Facebook milik Saiful Yusuf dalam Tukang Apa Hari Ini yang memaparkan cara untuk menguatkan api dapur seperti pertama kali digunakan. Justeru, ikuti perkongsian mudah yang diterapkan oleh Saiful untuk manfaat anda semua.

Mula-mula, anda boleh buka dan cuci lubang nozzle jet yang terdapat pada dapur masak. Hal ini kerana menurutnya, lubang itu biasanya akan tersumbat dengan minyak.

Cara Kuatkan Seperti Dapur Baharu
Kredit: Saiful Yusof | Tukang Apa Hari Ini

Jadi, anda perlu sembur ‘WD-40’ dan pastikan anda cuci dengan sebersih-bersihnya. Jika perlu, korek guna jarum sehingga lubang itu kelihatan seperti sedia kala.

Memandangkan semua peralatan dapur sudah dibuka, cuci sekali bahagian-bahagian yang kotor bagi menjamin kualiti dapur tersebut.

Cara Kuatkan Seperti Dapur Baharu
Kredit: Saiful Yusof | Tukang Apa Hari Ini
Cara Kuatkan Seperti Dapur Baharu
Kredit: Saiful Yusof | Tukang Apa Hari Ini

Pastikan juga anda menukar skru-skru yang telah rosak. Senang, hanya gantikan dengan yang baharu.

Itu sahaja cara mudah untuk memastikan api dapur anda kembali seperti dapur baharu. Malah, teknik ini boleh digunakan tanpa mengira jenis dapur gas. Semoga bermanfaat!

 

Sumber: Saiful Yusof | Tukang Apa Hari Ini

The post Api Terlalu ‘Slow’, Ini Cara Kuatkan Balik Seperti Dapur Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*