Motor Peserta RXZ Members Disita: ‘Harap Pihak Berkuasa Bertimbang Rasa’ – Razman

rxz members razman

Motor Peserta RXZ Members Disita: ‘Harap Pihak Berkuasa Bertimbang Rasa’ – Razman

Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Perak, Razman Zakaria memohon jasa baik pihak berkuasa supaya bertimbang rasa dalam membuat sitaan ke atas motosikal peserta RXZ Members 5.0 di Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Razman yang juga terkenal dengan gelaran ‘Pakteh’ meluahkan rasa simpatinya kerana nilai dan harga bagi sesebuah jentera dua roda berkenaan bukanlah murah.

Jelas Razman lagi, program himpunan tahunan tersebut juga sebaliknya sudah pun mendapat kebenaran oleh kerajaan negeri.

“Saya simpati dengan nasib yang menimpa RXZ members yang dikhabarkan motor mereka disita oleh pihak berkuasa.

“Saya harap ada sedikit timbang rasa oleh pihak berkuasa dan kerajaan negeri dapat berbincang lebih lanjut kerana nilai sebiji motor itu mencecah puluhan ribu ringgit.

“Memandangkan program ini juga telah mendapat kebenaran dari kerajaan negeri,” ujarnya dalam ciapan di X (dahulunya Twitter) pada Ahad.

Jelasnya, beliau sangat faham dengan jiwa anak muda yang sangat minat dengan dunia permotoran susulan pernah menjejakkan kaki ke program sedemikian.

Kredit: @RazmanZakaria60/X

Razman berkata sepatutnya hobi mereka dihormati dengan memberi sokongan jika ia adalah hobi yang baik buat mereka.

“Saya hadir ke program Retro Street Suzuki ketika di Ipoh pada tahun lepas dan sangat faham jiwa anak muda yang berminat dengan permotoran.

“Andai hobi ini hobi yang baik buat mereka, sepatutnya kita perlu memberi sokongan dan dorongan dalam mengisi masa diselit pula dengan aktviti bermanfaat seperti solat berjemaah dan lain-lain,” ujarnya.

Polis Terengganu Nafi Op Khas motosikal berunsur sabotaj

Terdahulu, Polis Terengganu menafikan bahawa pelaksanaan Op Khas Motosikal pada Jumaat dan Sabtu lepas mengandungi unsur sabotaj terhadap program himpunan tahunan RXZ Members 5.0.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata operasi tersebut dijalankan secara bersepadu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas menerima aduan dan rungutan orang ramai terhadap tindakan segelintir penunggang motosikal yang bukan sahaja memandu secara melulu, malah mengganggu ketenteraman awam.

Beliau menegaskan operasi tersebut tugas rutin yang dijalankan pihak polis bagi memastikan keselamatan orang ramai dan bukannya berunsur politik seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Selepas mendapat aduan, pihak kami telah menjalankan pemantauan dan memang benar terdapat pelanggaran undang-undang dalam kalangan peserta RXZ Members 5.0 yang menunggang secara melulu hingga membahayakan pengguna jalan raya lain termasuk di kawasan lebuh raya dan jalan negeri.

“Bunyi ekzos yang diubah suai pula sangat kuat hingga mengganggu pesakit di hospital dan masyarakat yang tinggal berdekatan. Jadi ini memang tugas rutin polis…tak ada kena mengena dengan politik atau ada arahan sesiapa,” katanya.

Sumber: @RazmanZakaria60/X

The post Motor Peserta RXZ Members Disita: ‘Harap Pihak Berkuasa Bertimbang Rasa’ – Razman appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*