Apple Dilarang Jual Jam Tangan Pintar Terbaharu Di US

apple jam pintar us

Apple Dilarang Jual Jam Tangan Pintar Terbaharu Di US

Mahkamah rayuan persekutuan telah menetapkan larangan semula ke atas Apple daripada mengimport model jam pintar terbaharunya di Amerika Syarikat (US) berkuat kuasa pada Khamis lalu, lapor CNN.

Difahamkan, mahkamah turut memerintahkan Apple untuk menghentikan jualan model  Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 ke negara tersebut kerana melanggar paten dengan syarikat kesihatan Masimo.

Apple telah meminta penangguhan larangan itu sementara ia merayu keputusan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) US yang berkuat kuasa bulan lepas.

Penyelesaian Apple dalam perkara ini adalah untuk mengimport versi reka bentuk semula jam tangan yang paling canggih selepas mendapat kelulusan daripada Kastam dan Perlindungan Sempadan US.

Difahamkan, jam tangan yang direka bentuk semula tidak akan mengandungi fungsi oksimeter nadi, teknologi pengimbas perubatan yang mengukur kepekatan oksigen dalam aliran darah dan ciri yang menjadi isu dalam pertikaian paten.

“Sementara menunggu rayuan, Apple sedang mengambil langkah untuk mematuhi ketetapan itu sambil memastikan pelanggan mempunyai akses kepada Apple Watch dengan gangguan terhad,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

BACA: Apple Bakal Naikkan Harga Aplikasi “App Store” Bulan Depan Termasuk Di Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Masimo Joe Kiani dalam satu kenyataan gembira dengan keputusan yang berkait dengan larangan sementara itu.

Beliau menyifatkan ia sebagai kemenangan untuk integriti sistem paten Amerika dan keselamatan orang yang bergantung pada oksimetri nadi.

Masimo berpendapat ia mencipta teknologi berkenaan dan Apple meminta pekerjanya untuk mendapatkan akses kepada pengetahuan teknologi tersebut.

Bagaimanapun, pembuat iPhone berpendapat bahawa penemuan ITC adalah salah dan membuat rayuan tentang perkara itu di mahkamah rayuan persekutuan.

Sumber: CNN, Yahoo

The post Apple Dilarang Jual Jam Tangan Pintar Terbaharu Di US appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*