Aneh, Sayur Layu Jadi Segar Semula Selepas Dicelup Dengan Cecair ‘Misteri’

sayuran layu segar bahan kimia

Asalnya Layu, Sayuran Tiba-tiba Segar Semula Lepas Dicelup Bahan Kimia

Kita memang disaran mengutamakan bahan masakan yang segar dalam penyedian makanan seharian. Sayur-sayuran, ikan atau daging yang segar lebih berkhasiat dan mempunyai rasa yang lebih enak.

Biasanya, bahan mentah yang segar ini agak sukar di dapati selain harganya yang sedikit mahal. Lebih-lebih lagi anda tinggal di kawasan yang berjauhan daripada kawasan pertanian ataupun jauh daripada kawasan laut.

Jadi, untuk mengekalkan kesegaran bahan mentah ini, pasar raya atau penjual memerlukan stor simpanan yang canggih sebagai sokongan. Namun begitu, membina stor simpanan memakan kos dan ruang yang besar. Maka, ia adalah salah satu punca mengapa makanan segar harganya lebih mahal.

Namun begitu, siapa sangka ada cara lain untuk mengembalikan kesegaran bahan mentah yang layu, seperti sayur-sayuran. Itulah yang diperlihatkan menerusi satu video yang kami kongsikan dibawah.

Sayuran Layu Tiba-tiba Segar Lepas Dicelup Bahan ‘Misteri’

Menerusi sebuah video yang tular di laman Twitter dan LinkedIn, ia memaparkan seorang lelaki membuat demonstrasi terhadap sayuran hijau.

Video demonstrasi tersebut menunjukkan sayuran hijau yang asalnya kelihatan layu, tiba-tiba menjadi segar semula selepas direndam dalam sejenis cecair.

Dalam video yang berdurasi 1.42 minit itu, sayuran layu itu telah dicelup dalam sebatian tersebut buat seketika. Cecair yang digunakan untuk mencelup sayuran tersebut dipercayai merupakan sebatian kimia.

Kemudian, sayur yang layu tersebut diletakkan bersebelahan dengan sayuran yang kelihatan segar.

Anehnya, daun-daun yang terdapat pada sayuran yang layu itu mula ‘berkembang’ seakan-akan kelopak bunga.

Pada akhirnya, sayuran yang asalnya layu kelihatan mirip dengan sayuran segar yang diletakkan bersebelahannya.

Klip aneh tersebut telah dikongsikan oleh pengguna Amit Thadhani (@amitsurg). Pengguna tersebut memaklumkan sumber asal bagi video tersebut berasal dari hantaran LinkedIn milik Devarajan Rajagopalan.

Kapsyennya bertulis, “Kisah seram nyata dalam masa dua minit.”

Pengguna Twitter memberikan reaksi terhadap video tersebut

“Sangat mengejutkan. Lagi-lagi, ini sangat menakutkan. Kita tidak tahu apa yang kita makan selama ini. Lebih baik beli sayur-sayuran dari sumber yang diketahui,” tulis salah seorang pengguna Twitter.

Walau bagaimanapun, ada beberapa pengguna tidak terkesan dengan video tersebut

“Tiada benda yang salah megenainya! Secara umumnya, sebatian berasaskan silikon telah digunakan sebagai aditif untuk meningkatkan tahap efisisen pada serangga perosak. Ia tidak berbahaya,”

“Ia turut digunakan secara sah terhadap sayuran organik, Walau bagaimanapun, kegunaannya tidak menjadikan produk kelihatan segar,” kata seorang individu.

BACA: Mahkamah Rayuan Diberitahu Pertuduhan Terhadap Sam Tidak Sah, Tidak Boleh Disabitkan

Sumber: Time Now News

The post Aneh, Sayur Layu Jadi Segar Semula Selepas Dicelup Dengan Cecair ‘Misteri’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*