‘ASP Saiful Gerak Khas’ Terlibat Kemalangan Nahas Tiga Kenderaan

pelakon gerak khas kemalangan

‘ASP Saiful’ Pelakon Gerak Khas Terlibat Kemalangan Nahas Tiga Kenderaan

Bekas pelakon drama bersiri kepolisan Gerak Khas, Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif dan isterinya dilapor terlibat kemalangan dalam kejadian di Batu 6 Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah di Perak, semalam.

Menurut Shaharon selaku salah seorang mangsa, kemalangan yang berlaku pada pukul 3 petang itu membabitkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Kancil, Perodua Kelisa dan Proton Perdana yang dipandunya.

Shaharon yang pernah melakonkan watak ASP Saiful dalam Gerak Khas mendakwa, segalanya bermula apabila sebuah Perodua Kelisa dari arah bertentangan memperlahankan kenderaannya untuk membelok ke arah kanan.

“Kemalangan berlaku pada jam 3 petang, semalam. Kereta Kelisa memberi isyarat untuk membelok kanan namun Kancil memandu laju dari belakang dan menyondol Kelisa hingga tersasar masuk laluan Perdana (kereta saya) lalu berlaku perlanggaran.

“Sebaik kemalangan saya dan isteri selamatkan bayi dan yang lain dalam Kelisa yang kemudiannya dibantu oleh orang ramai.

“Walaupun dalam kemalangan, kita utamakan dan usaha untuk selamatkan orang lain terutamanya kanak-kanak dan bayi,” katanya kepada Siakap Keli hari ini.

Gambar: Shaharon Anuar

BACA: Kemalangan Langgar Haiwan Ternakan, Siapa Yang Salah?

Isteri pemandu Perodua Kelisa patah tulang pinggul

Dalam pada itu, Shaharon yang merupakan bekas pegawai polis menjelaskan keempat-empat ahli keluarga yang menaiki Perodua Kelisa berkenaan mengalami kecederaan ekoran rempuhan dari belakang itu.

“Kereta merah (Kelisa) itu empat orang, suami patah kaki, isteri patah tulang pinggul tusuk ke rahim.

“Anak lapan tahun retak kaki, luka dahi (dan) bayi calar luka,” katanya lagi, menerangkan situasi kecederaan yang dialami mangsa, isteri mangsa serta kedua-dua anak mereka.

Dalam masa sama, Shaharon berkata beliau dan isterinya, Datin Norasmaria sebaliknya tidak mengalami sebarang kecederaan cuma sakit di bahagian dada akibat hentakan.

Gambar: Shaharon Anuar

Mereka juga telah dimasukkan ke dalam wad Perak Community Specialist Hospital Ipoh dan kini masih dalam pemantauan doktor.

“Semua yang terlibat dibawa ke Hospital Batu Gajah. Saya dan isteri hanya mengalami sakit dada kesan hentakan,” ujarnya.

Difahamkan juga, Shaharon yang telah setahun lebih bersara sebagai pegawai kerajaan kini telah menetap di Perak yang merupakan tempat asalnya.

Imbas kembali, Shaharon yang pernah melakonkan watak ASP Saiful dalam Gerak Khas dahulu turut pernah membintangi beberapa filem lain seperti Kekasih Awal & Akhir (1993), Maria Mariana (1996), Bara (1999) dan Black Maria (2003).

Sumber: Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif

BACA: Tiga Wanita Warga Emas Maut Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Segamat

The post ‘ASP Saiful Gerak Khas’ Terlibat Kemalangan Nahas Tiga Kenderaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*