Tak Sempat Sampai Mekah, Jemaah Haji Meninggal Dunia Dalam Pesawat Diserang Strok

jemaah haji meninggal dunia

Tak Sempat Sampai Mekah, Jemaah Haji Meninggal Dunia Dalam Pesawat Diserang Strok

Seorang jemaah Haji Indonesia dilaporkan maut selepas terkena serangan strok dalam pesawat ketika dalam perjalanan menuju ke Mekah, lapor MNC Trijaya.

Jemaah bernama Sholeh Ahmadi Jamburi, 65, dilaporkan meninggal dunia dalam pesawat sebelum mendarat di lapangan terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada Ahad lalu.

Ketua Pos Kesihatan Lapangan Terbang (PPIH) Arab Saudi, Dr Novitasari Nurlaela mengesahkan maklumat berkenaan.

“Betul, arwah meninggal dalam pesawat,” kata doktor Novitarai ketika memberi pengesahan kepada Pusat Media Haji.

Jemaah pergi mengerjakan haji bersama isterinya

Sholeh merupakan seorang jemaah asal Klaten dan mendapat jemputan untuk mengerjakan haji bersama isterinya, Muryati Suryo Prawiro, 65.

Sebaik dibawa turun dari pesawat, jenazah Sholeh terus dibawa dengan ambulans ke Hospital Malid Fahd bagi menjalani bedah siasat sambil diiringi doktor kumpulan itu, Mukharromah Nugrahani.

Dalam pada itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika Sholeh meminta untuk pergi ke bilik air bagi membuang air besar. Dia kemudian diiringi oleh pegawai disamping dan juga isterinya.

Seramai 360 orang jemaah dan pegawai termasuk Sholeh dan isteri telah menaiki pesawat Garuda bernombor penerbangan GIA6156. Sebanyak 105 daripada jumlah itu dipercayai merupakan jemaah haji berumur atau warga emas.

Arwah Sholeh dikatakan sempat dirawat untuk seketika di dalam pesawat berkenaan. Namun arwah Sholeh kemudiannya dilaporkan pengsan secara tiba-tiba sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Arwah disahkan meninggal dunia pada 03.57 WIB di dalam pesawat akibat serangan strok sekunder dan serangan jantung.

“Arwah mempunyai penyakit komorbid sebelum ini dan mempunyai sejarah strok. Arwah di dalam pesawat mengalami hipoglikemia. Apabila diperiksa, paras gula dalam darahnya ialah 50 dan tekanan darahnya 80.

“Tetapi secara tiba-tiba, arwah tidak sedarkan diri dan akhirnya meninggal dunia,” kata seorang jururawat Rofiq Sulthoni.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Walaupun jenazah masih belum dimandikan serta dikafankan, semua jemaah dari kumpulan haji berkenaan segera menunaikan solat jenazah di dalam pesawat.

“Sebaik disahkan meninggal dunia, kami terus menjemput semua jemaah dalam kumpulan yang sama dalam pesawat untuk sama-sama berselawat dan menyembahyangkan jenazah,” kata Ketua SOC 56 Kloter, Andriyanto Hadi Waskito.

Sumber: MNC Trijaya

The post Tak Sempat Sampai Mekah, Jemaah Haji Meninggal Dunia Dalam Pesawat Diserang Strok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*