ASWARA Anjur Persidangan Keilmuan Budaya 2023

Keilmuan Budaya 2023

KUALA LUMPUR 8 Ogos 2023 — Pada hari ini Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi berteraskan bidang seni, budaya dan warisan menganjurkan Persidangan Keilmuan Budaya 2023 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Persidangan ini bermatlamat untuk melihat dan meninjau sejauh mana keberkesanan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) yang telah dilancarkan pada tahun 2021 lalu dalam menempuh cabaran selari dengan konsep Malaysia MADANI kerangka baharu pembentukan negara bangsa Malaysia. Persidangan ini akan menghimpunkan para pembentang yang terdiri daripada karyawan seni, budayawan, pemain industri, ahli akademik, dan belia yang akan mengupas dan membicarakan bidang-bidang di bawah seni dan budaya.

Sebanyak 22 kertas pembentangan akan dibentangkan di dalam enam (6) sidang berbeza berteraskan elemen DAKEN yang turut merangkumi bidang-bidang seperti Filem, Animasi dan Multimedia, Seni Halus, Muzik Teater dan Seni Persembahan, Kesenian Tradisional dan Pengurusan dan Pentadbiran Seni Budaya. Para peserta akan terlibat secara aktif di dalam sesi pembentangan melalui sesi soal jawab dan Diskusi Berkumpulan (Breakout Session). Lebih menarik lagi, persidangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan apabila penerimaan sebanyak 200 penyertaan yang terdiri daripada orang perseorangan, wakil badan kerajaan dan swasta, serta universiti tempatan dan antarabangsa. Malah, penglibatan penggiat industri seni seperti Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, Datuk M, Nasir dan Encik Mohd Sabri Yunus turut hadir membentangkan kertas kerja mereka.

Hasil dapatan daripada persldangan lnl, akan dirangkumkan dan dijadikan sebagai resolusl persldangan. Dlsamplng memalnkan peranan dalam melestarikan seni budaya dan warlsan, ASWARA berperanan besar dan bertanggungJawab dalam memartabatkan bidang kellmuan dalam konteks sent budaya aekaligus sebagai sebuah Institusl senl terkemuka selaras dengan hala tuju Malaysia untuk menjadi negara maju serta melahirkan rakyat berbudaya.

Keilmuan Budaya 2023

The post ASWARA Anjur Persidangan Keilmuan Budaya 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*