“Auto Window” Tak Naik Turun Automatik? Mekanik Ajar Buat Cara Ini, Masalah Selesai

Tingkap Kereta Sangkut

“Auto Window” Tak Naik Turun Automatik? Mekanik Ajar Buat Cara Ini, Masalah Selesai

Hari ini, hampir semua kereta moden didatangkan dengan fungsi cermin tingkap automatik (power window), yang boleh dibuka dan ditutup dengan menekan butang sahaja.

Berbeza dengan kenderaan-kenderaan lebih berusia, anda perlu mengayuh pedal untuk menaikkan atau menurunkan cermin tingkap.

Namun begitu, teknologi ini tidaklah terlalu sempurna. Ada kalanya, fungsi power window boleh terjejas yang berpunca daripada isu-isu tertentu.

Antara masalah biasanya yang dihadapi adalah cermin tingkap tidak dapat dinaikkan atau diturunkan secara automatik. Selalunya, ia berpunca daripada frem pintu, namun dalam keadaan tertentu, puncanya mungkin berbeza.

Misalnya berpunca apabila anda membiarkan terminal bateri dihidupkan terlalu lama. Dalam keadaan itu, sistem automatik cermin tingkap mungkin perlu diset semula.

Anda boleh baiki sendiri tingkap kereta yang ‘sangkut’

Menurut pengguna TikTok, @Altimat Auto Garage, apabila masalah itu berlaku, anda perlu menekal butang power window selama 10 saat.

Kemudian lepas dan tunggu sebentar. Selepas itu, tarik pula butang power window selama 10 saat juga.

Selesai melakukan dua perkara tersebut, anda boleh menguji power window dan akan mendapati fungsi automatik akan kembali seperti biasa.

Katanya lagi, teknik yang sama boleh digunakan pada semua jenis jenama kenderaan yang memiliki fungsi auto window.

Bagaimanapun menurut @Altimat Auto Garage, jika masalah tidak selesai, anda perlu membawa kenderaan ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik.

Video perkongsian ini mendapat 20 ribu tontonan di TikTok

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Semoga bermanfaat.

BACA: Ibu Mengaku Salah Beri Anak Minum Susu Bercampur Dadah Methamphetamine

@altimatautogarage

Auto window korang tak boleh naik turun ? Jangan panik dulu ! #bengkel #bengkelkereta #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretakuang #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #kereta #aircondkeretabaubusuk #automotif #automotive #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #kuang #sungaibuloh #sungaibuloh47000 #altimatautogarage

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Sumber: Altimat Auto Garage via TikTok

The post “Auto Window” Tak Naik Turun Automatik? Mekanik Ajar Buat Cara Ini, Masalah Selesai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*