Ayah Menangis Saat Makan Hidangan Pertama Anak Baru Belajar Memasak

Bapa menangis masakan pertama anak

Ayah Menangis Saat Makan Hidangan Pertama Anak Baru Belajar Memasak

Sungguhpun masakan pertama yang dimasak oleh seseorang biasanya tidak begitu sempurna, namun hidangan tersebut wajar dianggap istimewa.

Hidangan pertama tersebut sudah tentu memiliki nilai sentimental yang tersendiri, bukan sahaja kepada tukang masak, malah kepada yang menjamahnya.

Detik-detik yang menjadi pembuka semangat untuk terus belajar memasak itu pula akan menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan.

Oleh sebab itu, kesempurnaan dari segi rasa dan penampilan masakan pertama itu tidaklah perlu dikisahkan sangat.

Sebaliknya usaha seseorang individu untuk mempelajari benda baharu lebih wajar diberi perhatian dan dihargai.

Contohnya, usaha anak-anak untuk belajar memasak dan menyediakan juadah untuk dinikmati bersama ahli keluarga juga adalah saat istimewa yang perlu diraikan bersama-sama.

Sebak kerana menjamah ‘hidangan paling mahal’, bapa menangis ketika makan masakan pertama anak perempuannya

Misalnya, seorang lelaki di Indonesia dilaporkan menangis apabila menjamah juadah disediakan anak perempuan yang kali pertama memasak.

Video yang memaparkan detik-detik luar biasa itu telah dimuat naik di media sosial dan tular dalam kalangan warga maya.

Pada video pendek yang berdurasi 27 saat itu, seorang bapa sedang menjamah makanan di atas pinggan kaca sambil duduk bersandar pada dinding rumah kayu.

Lelaki yang memakai kemeja berwarna krim itu difahamkan sedang mencuba nasi goreng yang dimasak oleh anak perempuannya.

Sebagai ketua keluarga yang penyayang dan sering memberi  dorongan kepada anak-anak, sudah tentu seorang bapa merasa sebak dengan usaha ditunjukkan anaknya.

Mungkin itu jugalah yang dirasakan oleh lelaki tersebut pada saat tersebut.

Sebaik sahaja menjamah nasi goreng itu, si ayah terus memberikan pujian dan menunjukkan isyarat bagus kepada anaknya.

Kamera kemudian merakam detik mengharukan apabila si ayah tiba-tiba kelihatan sebak dan mula mengalirkan air mata.

“Ayahnya rasa terharu, si anak sudah pandai masak,” kata salah seorang individu yang berada di tempat berkenaan.

Apabila menyedari perkara tersebut, bapanya segera mengesat air mata yang mengalir di pipi.

Seorang wanita muda, dipercayai anak perempuannya kemudian segera memeluk lelaki tersebut.

Ketika itu lelaki berkenaan kelihatan sedikit malu apabila disakat oleh orang di sekelilingnya.

“Ini nasi goreng paling mahal kerana mampu membuatkan seseorang mengalirkan air mata,” kata video tersebut.

@etialmaidahhh

makan nasi goreng sampek keluar air mata

♬ Tondi Tondi Ku – Style Voice

Video yang dimuat naik akaun @etialmaidahhh itu telah menarik perhatian orang ramai dan meraih sebanyak 237.5k likes. 

Rata-rata pengguna merasa tersentuh dengan tindakan si ayah yang sangat menyayangi anak perempuan dengan ikhlas.

“Si ayah menangis bukan kerana masakan tersebut, tetapi dia menangis kerana waktu begitu cepat berlalu. Anak yang ditimang-timang dahulu kini sudah dewasa,” komen @aksara_dinata. 

Ada juga pengguna yang meluahkan rasa rindu kepada orang tua masing-masing.

“Macam arwah ayah saya, tak sedap pun dia kata sedap,” tulis @blangcut pula.

“Reaksi papa pun mungkin sama seperti ini kalau dia belum pergi dijemput Tuhan dan meninggalkan aku” kata @serielya8.

BACA: Gaji Lagi Lumayan, Pensyarah IPTS Berhenti Kerja & Jadi “Cleaner” Di Singapura

Sumber: @etialmaidahhh via TikTok

The post Ayah Menangis Saat Makan Hidangan Pertama Anak Baru Belajar Memasak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*