Warga Emas Tengah Berbasikal Maut Digilis Treler

Penunggang basikal maut digilis

Warga Emas Tengah Berbasikal Maut Digilis Treler

Seorang penungang basikal dilapor maut selepas digilis oleh sebuah treler di kilometer 68 Jalan Tapah- Kuala Lumpur, Bidor, Perak.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritenden Mohd Naim bin Asnawi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9 pagi, 16 Januari lepas.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur menuju ke Ipoh telah bergesel dengan basikal yang berada di ‘blind spot’ sebelum menggilis penunggang basikal tersebut,” kata Mohd Naim.

Susulan kejadian itu, mangsa yang berumur 82 tahun dilapor meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Tapah mendapati mangsa mengalami “polytrauma secondary to motor vehicle accident“.

Menurut Mohd Naim, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Sementara itu, polis juga meminta saksi kejadian untuk tampil dan membantu siasatan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat juga diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Prathiparaj A/L Punasagaran di talian 014-6178096.

Terdahulu, sebuah rakaman kemalangan berkenaan turut menjadi tular di media sosial.

Video berdurasi 34 saat itu antara lain menunjukkan keadaan mangsa yang terbaring di tepi jalan di samping sebuah basikal yang dipercayai ditungganginya.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Sumber: Polis Daerah Tapah

The post Warga Emas Tengah Berbasikal Maut Digilis Treler appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*