Baby Shima Umum Bertanding PRN

baby shima bertanding prn

Baby Shima Umum Bertanding PRN

Tekad mahu membela nasib rakyat, penyanyi dangdut Baby Shima mengumumkan dirinya akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung Ogos ini.

Malah Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli turut berpesan kepada orang awam agar membuat keputusan yang betul dalam memilih calon terbaik.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia, dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu (pengundi) bawa perubahan (kepada negara). Fikir-fikirkanlah anak muda,” katanya dalam satu hantaran ringkas di Instagram miliknya petang tadi.

Dalam pada itu, Baby Shima turut ‘menadah 10 jari’ jasa baik rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepadanya dalam membela nasib rakyat.

“Dengan penuh rasa rendah diri dan mohon jasa baik semua rakyat Malaysia, Shima akan bertanding PRN ini..dan berkhidmat unutuk semua,” tambahnya di ruangan kapsyen.

Walau bagaimanapun, penyanyi kelahiran Johor Bahru berusia 31 tahun tersebut tidak menyatakan parti manakah yang akan diwakilinya pada PRN nanti.

Imbas kembali, tarikh rasmi PRN bagi enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan ialah pada 12 Ogos depan.

Sementara itu, tarikh bagi hari pengundian awal pula ialah pada 8 Ogos sebelumnya seperti yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini.

Dalam masa sama, hari penamaan calon pula adalah pada 29 Julai ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Sumber: Instagram Baby Shima

The post Baby Shima Umum Bertanding PRN appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*