Bakal Manfaatkan 700,000 Penerima Tahun Depan, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai SARA

penerima SARA

Bakal Manfaatkan 700,000 Penerima Tahun Depan, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai SARA

Pernah dengar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)? Bantuan ini merupakan inisiatif yang diperkenal oleh kerajaan pada tahun ini dalam membantu meringankan beban rakyat berstatus ‘miskin tegar’.

Dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, beliau memaklumkan bahawa manfaat SARA akan diperluaskan kepada 700 ribu penerima. Ia menyaksikan bahawa golongan yang layak  akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan pada tahun 2024.

Menurutnya, ia susulan maklum balas yang amat baik diterima bagi inisiatif itu tahun ini. Untuk pengetahuan, sebanyak 200 ribu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah pun menerima SARA bagi tahun ini selama enam bulan.

Namun apa sebenarnya SARA ini? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom baca perkongsian di bawah ini.

Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah program lanjutan kepada inisiatif STR. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin tegar.

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) sebelum ini telah mengumumkan bahawa sumbangan berjumlah RM600 ini bakal diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus miskin tegar mulai 17 Julai 2023.

Bantuan disalurkan dalam bentuk barang keperluan asas tanpa tunai (cashless). 

Siapa Yang Layak?

Individu yang layak adalah warganegara Malaysia dan tersenarai sebagai penerima miskin tegar dalam pangkalan data eKasih yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 28 Februari 2023.

Selain itu, anda yang sudah menerima STR 2023 bagi kategori isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan juga layak.

Kaedah SARA Disalurkan

Gambar: Bernama

Penerima yang layak akan menerima SARA melalui tiga kaedah pengkreditan seperti berikut;

BACA JUGA: Cara Mohon Residensi PR1MA, 7 Langkah Perlu Diikuti

Bagi penerima dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu, bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima.

Penerima boleh membuat pembelian  barangan asas daripada kategori produk terpilih di pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia bermula pada 17 Julai 2023. 

Bagi penerima dari Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor, pembelian barangan asas daripada kategori produk terpilih di pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia bermula pada 31 Julai 2023.

Sementara itu, penerima dari  Sabah, Sarawak dan Labuan sedikit berbeza, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM600 dan dikreditkan sekaligus ke akaun bank penerima atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara bermula 7 ogos 2023.

Macam Mana Nak Beli Barangan Bantuan Makanan?

Sebenarnya, mudah sahaja cara untuk penerima membuat pembelian barangan di kedai dan pasaraya terpilih. Ikuti langkah di bawah;

 1. Pilih Barangan Keperluan

Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.

2.Tunjuk Mykad Untuk Pengesahan

Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.

3.Imbas Kod Barangan

Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.

4. Bayar Mengggunakan MyKad

Seterusnya, penerima perlu memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.

5. Simpan Resit Untuk Semakan

Resit perlu disimpan bagi menyemak transaksi pembelian

1o Kategori Makanan Yang Diluluskan

Berdasarkan peruntukan bantuan yang diberikan, penerima boleh membeli 10 kategori keperluan makanan di pasaraya dan kedai terpilih.

10 Kategori tersebut adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.

Gambar: MyKasih

Bagi yang ingin menyemak status SARA ini, anda boleh melayari laman web MyKasih di sini.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, MyKasih

The post Bakal Manfaatkan 700,000 Penerima Tahun Depan, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai SARA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*