Remaja Dilapor Hilang Dalam Gua Ketika Banjir Di Auckland

remaja hilang dalam gua

Remaja Dilapor Hilang Dalam Gua Ketika Banjir Di Auckland

Seorang remaja dilaporkan hilang di dalam gua ketika banjir yang berlaku di Auckland, New Zealand, lapor BBC.

Remaja yang berumur dalam lingkungan 15 tahun itu antara 15 orang pelajar dan dua orang guru yang pergi ke Gua Abbey.

Difahamkan, kumpulan pelajar itu pada mulanya terperangkap namun berjaya keluar dengan selamat.

Bagaimanapun, hanya remaja terbabit yang masih lagi belum ditemui. Pencariannya terpaksa ditangguhkan dan dimulakan semula pada Rabu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, air naik dengan cepat akibat banjir dan ‘bumbung’ gua yang runtuh menimbulkan risiko yang besar.

Sementara itu, tidak dapat dipastikan mengapa kelas pendidikan di luar bilik darjah diteruskan walaupun cuaca buruk.

Justeru, pengetua Sekolah Menengah Lelaki Whangãrei berjanji akan melakukan siasatan.

BACA: Pemandu Berdepan Detik Cemas Kereta Hampir Terjatuh Dalam Lubang Benam

Auckland yang merupakan bandar terbesar di New Zealand telah mengisytiharkan darurat selepas hujan lebat yang menyebabkan kebanyakan kereta terkandas, pokok tumbang dan perkhidmatan rel terganggu.

Pada Selasa, orang ramai dilihat bergegas keluar dari bangunan pejabat untuk pulang awal. Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa bahagian di bandar itu.

Timbalan Datuk Bandar Auckland, Desley Simpson berkata bahawa keadaan darurat diisytiharkan sebagai langkah berjaga-jaga dan perkhidmatan tindak balas bencana akan digerakkan.

Dia menyifatkan banjir tersebut sebagai keadaan kecemasan yang berkembang.

Menurut laporan, dari bulan Januari sehingga April, wilayah Auckland menerima 90% daripada jumlah purata hujan tahunan dengan beberapa kawasan menerima hujan sehingga 35mm bersamaan 1.3 inci dalam masa satu jam sahaja.

Pihak berkuasa tempatan menasihatkan orang ramai di wilayah tersebut untuk menangguhkan perjalanan dan mengelak daripada memandu di jalan yang dinaiki air.

Pada pertengahan Februari lalu, Taufan Gabrielle dilaporkan telah meragut 11 nyawa di wilayah itu. Malah, keadaan kerosakan akibat bencana itu diumpamakan seperti yang berlaku akibat gempa bumi Christchurch 12 tahun lalu.

Menteri Perubahan Iklim New Zealand, James Shaw mengaitkan skala bencana itu disebabkan oleh perubahan iklim.

Taufan itu dipercayai melanda hanya beberapa minggu selepas hujan lebat dan banjir yang menyebabkan empat orang maut. Dalam masa sama, sebahagian lapangan terbang utama Auckland turut tenggelam.

Sumber: BBC

The post Remaja Dilapor Hilang Dalam Gua Ketika Banjir Di Auckland appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*