Bakal Menemui Peminat, Donnie Yen Kongsi Poster Filem Ip Man 5

Donnie Yen ip man 5

Bakal Menemui Peminat, Donnie Yen Kongsi Poster Filem Ip Man 5

Pelakon terkenal China, Donnie Yen telah berkongsikan satu poster bagi filem terbaru ‘Ip Man’ sekuel yang kelima di Instagram miliknya semalam, lapor Mothership.

Menurut Screen Daily, ‘Ip Man 5’ adalah satu daripada tiga filem yang diterajui oleh Yen yang diumumkan oleh Mandarin Motion Pictures di acara Cannes Filem, Perancis.

Dua lagi filem yang diterajui Yen ialah ‘Misjudgement’ dan ‘Flash Point Resurgence’, sekuel kepada filem ‘Flash Point’ 2007. Filem itu turut dibintangi pelakon Hong Kong, Kong Louis Koo.

Butiran untuk ‘Ip Man 5’ buat masa ini masih kabur dan tarikh tayangan filem tersebut di pawagam juga masih belum diketahui umum.

Filem ‘Ip Man 4: The Finale’ yang ditayangkan pada Disember 2019 menceritakan tentang watak utama itu yang melancong ke Amerika Syarikat bersama dengan anaknya.

Mendapat kutipan RM796 juta

Filem itu berjaya mengutip sebanyak USD176 juta (RM796 juta) di seluruh dunia semasa tayangannya.

Terbaru, Yen juga telah tampil dalam sekuel filem ‘John Wick: Chapter 4’ bersama Keanu Reeve. Di mana Yen membawa watak seorang pembunuh yang buta.

BACA: Perkhidmatan Maybank Bakal Tergendala Sabtu & Ahad Ini

Terdahulu, Lance Reddick seorang pelakon watak aksi dalam drama televisyen dan filem seperti The Wire, Fringe dan francais John Wick telah meninggal dunia, lapor CNA.

Reddick menghembuskan nafas terakhirnya ketika berumur 60 tahun secara ‘tiba-tiba’ pada pagi Jumaat lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakapnya Mia Hansen dalam satu kenyataan dengan mengaitkan kematiannya sebagai kematian mengejut.

Reddick sering kali mendapat watak lelaki pendiam yang elegan dan memakai sut atau uniform sepanjang kerjaya seninya.

Beliau terkenal dengan wataknya sebagai Lt Cedric Daniels dan siri HBO popular The Wire di mana wataknya dilihat terperangkap dalam kancah politik di jabatan polis Baltimore.

“Saya seorang artis. Saya merasakan bahawa saya melakukannya dengan sangat baik. Apabila saya pergi ke sekolah drama, saya tahu bahawa saya mempunyai bakat seperti pelajar lain.

“Tetapi disebabkan saya lelaki berkulit hitam, jadi saya tahu bahawa saya perlu bekerja lebih keras. Untuk menjadi yang terbaik dan mendapat perhatian,” kata Reddick kepada Los Angeles Times pada 2009.

Sumber: Mothership

The post Bakal Menemui Peminat, Donnie Yen Kongsi Poster Filem Ip Man 5 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*