Guna Plastik Je, Ini ‘Helah’ Nak Keluarkan Lebihan Sos Dengan Mudah

helah lebihan sos

Guna Plastik Je, Ini ‘Helah’ Nak Keluarkan Lebihan Sos Dengan Mudah

Sos pencicah adalah keperluan untuk rakyat Malaysia, tentunya saat kita menikmati makanan bergoreng. Namakan sahaja keropok, kuih-muih, makanan segera bergoreng, pasti didatangkan sekali dengan sos pencicah.

Selain itu, sos juga adalah penambah rasa untuk pelbagai juadah. Selain dijadikan rencah dalam masakan, sos juga disajikan bersama nasi, maggie dan mi goreng.

Walaupun ada menu tidak memerlukan sos untuk jadi sedap, namun kalau tiada sos, rasa tak lengkap pula.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa hampir semua isi dapur di Malaysia akan memiliki sekurang-kurang satu botol sos, sama ada sos cili, tomato, tiram dan lain-lain lagi.

Malangnya, sos-sos ini disimpan dalam bekas kaca, ada kalanya sedikit sukar untuk dikeluarkan, lebih-lebih lagi jika sos yang tinggal hanya sedikit.

Helah keluarkan lebihan sos dalam botol

Untuk makluman, sos-sos ini perlu disimpan dalam botol kaca bagi menjamin rasa, meningkatkan kadar tahan lama serta tidak bertindak balas dengan pemukaan botol.

Akan tetapi, bekas ini tidak boleh dipicit mahupun dibelah bagi mengeluarkan baki-baki sos yang ada dan terpaksa membuangnya.

Ada yang bertindak dengan mencampurkan air panas bagi memudahkan aliran sos tersebut kelaut daripada botol itu.

Namun, kaedah ini akan menyebabkan sos berkenaan menjadi kurang likat dan kurang ‘wow’ jika dijadikan sebagai kuah pencicah.

Kalau hendak menggunakan kaedah biasa (menggoncang botol) untuk mengeluarkan sos, ia akan memakan masa lebih lama dan kurang efektif kerana sos tersebut akan terpalit pada dinding botol kaca.

Tidak perlu membazir lagi, wanita ini ajar tip untuk dapatkan lebihan sos dari botol kaca dengan mudah

Seorang pengguna TikTok, Cik Rey (cikrey_ana32) menunjukkan helah mudah bagi mengeluarkan saki baki sos yang terdapat pada botol kaca.

Menerusi kaedah itu, semua saki baki sos yang terdapat pada dasar dan dinding botol dapat dialihkan ke bahagian muncung botol kaca.

Bagi menggunakan kaedah ini hanya hanya perlu menggunakan dua bahan sahaja iaitu botol kaca yang mengandungi saki baki sos dan sehelai beg plastik.

Pertama sekali, masukkan botol kaca ke dalam beg plastik dan pastikan muncul botol menghadap bahagian dalam plastik.

Kemudian, ikat beg plastik dan membuat simpulan seperti yang ditunjukkan dalam video. Ini adalah untuk memastikan botol kaca tidak akan terkeluar daripada plastik.

Selepas itu, putarkan beg plastik pada bahagian simpulan tadi. Putarkan pada ruang yang luas dengan kelajuan sederhana untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

@cikrey_ana32

Botol sos kadang ada jer kan sikit2, tapi terus buang. Bazir. Jom buat teknik mudah ni ambil semua sos tuu. ❤ #fyp #fypage #tips #kitchenhacks #dapur #soscili #dinnerwithme #foodie #bottlechallenge

♬ SWIPE – ALYPH

Setelah beberapa saat, anda boleh membuka semula beg plastik tersebut dan saki baki sos tadi sudah berada pada bahagian muncung botol.

Anda boleh menikmati saki baki sos dengan kudapan-kudapan ringan seperti keropok ikan, kentang goreng dan sebagainya.

Bagaimanapun, anda disarankan untuk berhati-hati ya ketika menggunakan tips ini. Pastikan tiada sesiapa di sekeliling anda terlebih dahulu, okay.

BACA: Tular Tunjuk Kad Kuasa, PDRM Sahkan Pemandu Honda City Adalah Polis Bantuan

Sumber: cikrey_ana32 via TikTok

The post Guna Plastik Je, Ini ‘Helah’ Nak Keluarkan Lebihan Sos Dengan Mudah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*