LONDON: Chelsea semakin hampir untuk menandatangani pemain remaja sensasi Brazil, Gabriel Mec dari Gremio.
Kelab London itu mula memantau pemain berbakat berkenaan sejak Todd Boehly dan Clearlake Capital mengambil alih kelab pada tahun 2022, dengan sasaran membentuk skuad yang mampu bertahan lama.
The Blues sudah menandatangani tujuh pemain dalam jendela perpindahan kali ini, dengan harapan dapat memperbaiki pencapaian musim lalu selepas berbelanja besar.
Menurut media Brazil, Chelsea sudah mencapai persetujuan dengan Gremio untuk menandatangani pemain 16 tahun itu.
Pemain tengah itu berharga 20.5 juta pound (RM116.35 juta) dan Mec bersetuju untuk menandantangani kontrak lima tahun dengan pilihan lanjutan dua tahun.
Pemain remaja itu belum beraksi untuk skuad utama Gremio tetapi memberi impak dalam Kejuaraan Bawah-20 Brazil – meledak satu gol dalam enam penampilan.
Sekiranya berjaya mendantangani Mec, dia hanya akan menyertai kelab Stamford Bridge itu selepas mencecah usia 18 tahun, selaras dengan peraturan perpindahan antarabangsa bagi pemain bawah umur.
sumber: BH
Mec bakal menjadi pemain remaja ke-17 ditandangani Chelsea sejak Boehly menguasai kelab berkenaan pada tahun 2022.
Penyerang Ecuador, Kendry Paez, 17, juga akan menandantangi kontrak di Stamford Bridge selepas mencecah usia 18 tahun pada Mei 2025.