“Band” UK Kutuk Undang-Undang Malaysia & Cium Atas Pentas, Menteri Panggil Penganjur

band uk cium atas pentas

“Band” UK Kutuk Undang-Undang Malaysia & Cium Atas Pentas, Menteri Panggil Penganjur

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah akan penganjur festival Good Vibes untuk memberikan penjelasan susulan tindakan vokalis kumpulan The 1975 yang mencium salah seorang ahli kumpulannya sewaktu membuat persembahan.

Kenyataan itu dibuat Fahmi menerusi ciapannya di Twitter miliknya pada tengah malam tadi.

“Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh,” tulis ciapan Menteri tersebut.

Persembahan kumpulan yang dinamakan The 1975 itu menjadi kecoh susulan aksi kucupan dengan gitaris kumpulan tersebut di atas pentas, lapor Gempak.

Memetik ciapan Twitter milik seorang individu, Matty telah memberitahu bahawa tidak ada orang yang boleh menentukan dengan siapa dia boleh atau tidak boleh untuk lakukan hubungan seks.

“Kamu tidak meminta saya datang ke negara kamu dan memberitahu saya dengan siapa saya boleh dan tidak boleh melakukan hubungan seks,” kata Matty sebelum mencium gitaris kumpulan berkenaan.

“Okay itu sahaja daripada kami. Kami digam daripada membuat persembahan di Kuala Lumpur. Bye guys,” katanya lagi selepas aksi biadap tersebut.

BACA: Digelar Sebagai Bapa Bom Atom, Ini Latar Belakang Ringkas Oppenheimer

Matt dan anggota kumpulannya yang lain difahamkan meninggalkan pentas setengah jam lebih awal selepas dia mengumumkan perkara tersebut.

Dalam pada itu, kumpulan itu sebelum ini didakwa sering mempunyai tabiat mencium sesiapa sahaja di atas pentas ketika membuat persembahan. Ia termasuk bersama peminat dan pengawal keselamatan konsert.

The 1975 adalah sebuah kumpulan muzik yang berasal daripada United Kingdom dan dianggotai oleh Matty Healy, Adam Hann, Ross MacDonald dan George Daniel.

Sumber: Twitter/Fahmi Fadzil, Gempak

The post “Band” UK Kutuk Undang-Undang Malaysia & Cium Atas Pentas, Menteri Panggil Penganjur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*