Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Tak ada kaitan dengan musang

Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Buah durian adalah merupakan sejenis buah yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan peringkat umur masyarakat. 

Buah yang dikenali sebagai ‘Raja Buah’ ini sering menjadi perhatian ramai terutamanya semasa musim buah tersebut tiba. 

Salah satu jenis buah durian yang menjadi kegilaan ramai sudah semestinya Durian Musang King. Ramai sanggup beli walaupun harga boleh mencecah ratusan ringgit untuk sebiji buah durian tersebut. 

Tapi kenapa nama durian ini dinamakan sebagai Musang King dan mana asal usul durian ini sebenarnya?

Durian Musang King asal daripada mana? 

Orang pasti menyangka bahawa durian ini berasal dari Raub atau Bentong, Pahang bukan? Namun tekaan anda semua adalah salah, durian ini sebenarnya berasal dari Tanah Merah, Kelantan. 

Menurut Buku Senarai Daftar Varieti Tanaman oleh Jabatan Partanian, varieti durian iaitu Raja Kunyit yang turut dikenali sebagai Musang King atau Mousang King telah didaftarkan pada 9 Disember tahun 1993 lalu.

Durian jenis ini semakin dikenali dengan nama ‘Musang King’ selepas ia mula ditanam secara komersial di Gua Musang. 

Kredit BERNAMA

Disebabkan isinya yang berwarna kuning keemasan yang melambangkan warna diraja juga antara sebab ia dipanggil ‘King’ yang bermaksud sebagai Raja. Nama ‘musang’ pula diambil dari nama asal ia dihasilkan oleh petani. 

myGAP boleh membantu petani memasarkan produk hasil tanaman yang berkualiti

Kini, buah durian ‘Musang King’ menjadi tarikan dalam pasaran raja buah terutamanya apabila musim durian ini tiba.

Disebabkan harga yang agak tinggi, pastinya pembeli mahukan buah yang mereka beli berkualiti dan selamat untuk dimakan, bukan?

Begitu juga dengan pengusaha, mereka akan sedaya upaya untuk memastikan produk atau hasil tanaman mereka sentiasa berkualiti agar dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa. 

Antara inisiatif yang digunakan oleh pengusaha adalah dengan cara mendapatkan pensijilan daripada myGAP.

Namun begitu, apa myGAP ni sebenarnya? 

myGAP merupakan Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia yang dijenamakan pada tahun 2016 sebagai pemerkasaan daripada Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM, 2002) bagi subsektor tanaman, Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT, 2003) bagi subsektor ternakan dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM, 2005) bagi subsektor akuakultur. Pensijilan ini memberi penekanan terhadap amalan pertanian mampan khususnya menerusi amalan pertanian baik.

Matlamat pensijilan ini bertujuan untuk mengeluarkan produk agromakanan yang selamat dan berkualiti di keseluruhan rantaian nilai pengeluaran agromakanan yang memberi impak besar terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Banyak kelebihan daripada myGAP yang boleh digunakan oleh petani terutamanya dalam membantu memasarkan produk atau hasil tanaman secara meluas. Produk keluaran ladang myGAP boleh menggunakan logo myGAP pada label produk sebagai nilai tambah kepada petani dan meyakinkan pengguna dalam memilih hasil produk yang selamat dan berkualiti untuk dimakan. 

Kredit Facebook myGAP

Petani yang berminat untuk mengembangkan lagi hasil produk pertanian mereka bolehlah berdaftar dengan myGAP. Permohonan boleh dibuat melalui pejabat pertanian daerah yang berhampiran dengan ladang yang akan dipersijilkan.

Ambil borang permohonan di pejabat pertanian daerah yang berdekatan dan isi segala butiran lengkap berkenaan ladang tanaman yang sedang anda usahakan. 

Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan dibimbing oleh Pegawai Pengembangan Pertanian sebagai pengeluar hasil produk pertanian yang berkualiti dan bermutu tinggi.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang myGAP dan bagaimana cara untuk memohon, anda boleh klik disini.

The post Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*