Bang Yongguk ‘Hentikan’ Konsert, Ingatkan Peminat “Maghrib Dah Masuk”

Bang yongguk maghrib

Bang Yongguk ‘Hentikan’ Konsert, Ingatkan Peminat “Maghrib Dah Masuk”

Nama bintang K-Pop, Bang Yongguk tiba-tiba menjadi viral ekoran tindakan penuh prihatin beliau ketika mengadakan konsert di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurut laman Twitter, Malaysian Kpop Fans (MKF), Yongguk bertindak menghentikan konsert sementara dan mengingatkan para peminat yang beragama Islam bahawa waktu solat Maghrib telah masuk.

Yongguk seterusnya memberikan ruang kepada para peminat untuk mengejarkan ibadah tersebut terlebih dahulu. Malah, penganjur dikatakan turut menyediakan ruang solat berdekatan lokasi konsert berkenaan berjalan.

Bukan itu sahaja, beliau turut menjelaskan kepada para peminat dari luar negara berkenaan keperluan waktu rehat terbabit.

Penerangan ini dapat membantu peminat, khususnya dari luar negara untuk memahami demografi masyarakat di Malaysia.

Menerusi hantaran itu lagi, MKF memuji tindakan Yongguk yang disifatkan memahami serta menghormati kepelbagaian adat, budaya dan agama para peminatnya.

Selain itu, ucapan artis berkenaan semasa konsert tersebut telah berlangsung telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

Menurut Malaysia Kpop Fans (MKF), terjemahan bahasa Melayu tersebut adalah merupakan permintaan dari Bang Yongguk sendiri.

Untuk makluman para pembaca, Yongguk merupakan ahli kumpulan K-Pop, B.A.P. Konsert solo beliau yang berlangsung di Shantanand Auditorium, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada destinasi konsert jelaja Asia, The Colors Of Bang Yongguk‘.

Manila, Singapura dan Hong Kong adalah antara lokasi lain di Asia yang terlibat dengan konsert berkenaan.

Pernah menganggotai kumpulan K-Pop, B.A.P

Selain bergelar penyanyi, Yongguk yang juga seorang penulis lagu dan penyanyi rap telah memulakan kerjaya seninya sebagai ahli kumpulan B.A.P bersama lima orang lagi ahli. Beliau juga bertindak sebagai ketua kumpulan tersebut yang bernaung di bawah TS Entertaiment sejak 2012.

Walaupun melakukan debut sebagai penyanyi solo pada 2011 melalui albul I Remember, Yongguk kekal bersama agensi tersebut sehingga kontraknya tama pada 2018.

Pada 30 Mac 2023, beliau telah menjadi menjadi artis pertama yang direkrut oleh sebuah agensi pengurusan baharu, YY Entertainment.

Terdahulu, agensi berkenaan telah mengeluarkan album mini kedua Vang yang berjudul The Colours Of Love. Album berkenaan turut dikeluarkan bersama sebuah video muzik bagi lagu yang berjudul “Ride or Die”.

BACA: Pernah Terfikir Macam Mana Air Laut Jadi Masin, Mana Datangnya Garam? Ini Jawapannya

Sumber: @msiakpopfans via Twitter

The post Bang Yongguk ‘Hentikan’ Konsert, Ingatkan Peminat “Maghrib Dah Masuk” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*