Wakil Rakyat Menang PRN Henti Politik, Jalankan Kerja – Mufti Pulau Pinang

menang prn mufti pulau pinang

Wakil Rakyat Menang PRN Henti Politik, Jalankan Kerja – Mufti Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 15 Ogos (Bernama) — Mereka yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini perlu berhenti berpolitik dan meneruskan segala usaha untuk membangunkan negara bagi memenuhi keperluan hidup rakyat, di samping memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan untuk semua, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata setiap wakil rakyat mesti sedar bahawa matlamat sebenar yang dikehendaki di sebalik kemenangan di dalam pilihan raya tidak terhenti dengan kuasa pemerintahan yang berjaya direbut.

“Rakyat telah membuat pilihan, sama ada bersetuju atau tidak, semua pihak mesti akur dan menghormati keputusan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kini setiap wakil rakyat yang telah memenang pada PRN lalu perlu memikul amanah dan tanggungjawab yang berat di hadapan Allah dan seluruh rakyat.

Wan Salim berkata seluruh rakyat akan memerhati dan memantau sejauh manakah mereka yang telah dipilih menepati janji-janji yang ditabur melalui manifesto parti yang diwakili.

BACA: Guna Cawan Plastik, Cara Susun Langsir Eyelet Bagi Nampak ‘Berombak’ Elok

Sumber: Bernama

The post Wakil Rakyat Menang PRN Henti Politik, Jalankan Kerja – Mufti Pulau Pinang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*