Banjir Johor: Lima Ekor Kucing Ditemui Kesejukan & Ketakutan Berjaya Diselamatkan Penduduk

lima ekor kucing diselamatkan

Banjir Johor: Lima Ekor Kucing Ditemui Kesejukan & Ketakutan Berjaya Diselamatkan Penduduk

Satu video yang memaparkan lima ekor kucing di Labis, Johor berjaya diselamatkan penduduk menjadi tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh @canteqbridalhouse telah mendapat tontonan melebihi 350k tontonan daripada pengguna media sosial TikTok.

Dalam video itu, dapat dilihat bahawa kucing-kucing tersebut kesejukan dan ketakutan ketika diselamatkan.

Menurut kapsyen muat naik video itu, penduduk di bandar Chaah dan Labis didakwa telah terputus hubungan sejak kejadian banjir semalam.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

“Doakan untuk Chaah dan Labis. Banjir, kami terputus hubungan. Selamatkan meow,” tulis kapsyen muat naik video berkenaan.

Muat naik video itu turut mendapat komen yang pelbagai dari orang ramai. Ramai juga yang meninggalkan komen memberi sokongan kepada mangsa yang terkesan daripada bencana banjir tersebut.

@canteqbridalhouse

pray for chaah dan labis..banjir..kami terputus hubungan.. selamatkan meow 😭 1 march 2023#labisjohor❤💙

♬ bunyi asal – CBH kak as – CBH kak as

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Kesian mereka. Sejuk, basah, lapar dan takut. Semoga Allah memberi perlindungan kepada semua. Amin,” tulis seorang netizen.

“Allah.. kesiannya makhluk-makhluk comel ni, moga dipermudahkan segala urusan mangsa-mangsa banjir,” tulis seorang lagi netizen yang mendoakan keselamatan mangsa banjir.

“Ya Allah Kau hentikanlah hujan dan surutkanlah air banjir ini. Kau lindungilah hamba-hamba dan makhluk-makhluk Mu yang terperangkap di mana pun berada. Tolonglah,” tulis seorang netizen yang turut mendoakan mangsa banjir yang terkesan.

Terdahulu Siakap Keli melaporkan bahawa rakaman memaparkan seorang lelaki melakukan ‘Sujud Syukur’ selepas diselamatkan oleh anggota penyelamat sewaktu melakukan rondaan.

Detik-detik cemas yang dilalui oleh lelaki terbabit dikongsikan dalam satu hantaran di media sosial TikTok @apis_oren.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang pemandu yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat.

Dalam video berdurasi 24 saat itu mendedahkan dia ditemui berdiri di atas kenderaan bersebelahan pokok sewaktu anggota penyelamat dipercayai melakukan rondaan di sekitar ladang kelapa sawit.

Pemandu berkenaan melambai-lambai tangannya ke arah bot sewaktu ditemui sebelum melakukan sujud syukur di atas bumbung kenderaan.

Tambahan lagi, paras air banjir juga kelihatan hampir mencecah ke paras bumbung kenderaan berwarna hitam itu.

Sumber: TikTok @canteqbridalhouse

The post Banjir Johor: Lima Ekor Kucing Ditemui Kesejukan & Ketakutan Berjaya Diselamatkan Penduduk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*